Wednesday, May 4, 2011

kidal...

fuh dah lama aku x update blog, biar je entry pasal freemason tu kat depan entry aku..hahhaahaha sebab entry yang tu ialah entry yang paling famouse dalam statistic blog aku..weeeeeee hahahaha mencapap kejap. (^^,)
kali ni aku nak citer pasal kidal pulak.. sebab aku penulis tangan kiri...

ramai orang salah anggap, mengatakan orang yang menulis tangan kiri merupakan seorang yang kidal, tapi mengikut definisi daripada wikipedia  orang yang melakukan kebanyakan kerja menggunakan tangan kiri seperti memasak, menyikat rambut, menulis mengangkat barang lebih menggagah kan tangan kiri merupakan kidal, tapi menulis dengan tangan kiri bukan merupakan satu-satunya trademark untuk definisi kidal, sebab????
sebab ada orang melakukan kerja dengan tangan kiri tapi menulis dengan tangan kanan.

huhuuhu ni nak share lak bagaimana otak berfungsi pada badan untuk orang yang kidal..

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.  Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

aku pulak xtau lah tergolong dalam kategori apa sebab aku banyak menggunakan tangan kanan dalam buat keje lain, tapi, aku guna tangan kiri untuk menulis...huhuhu boleh x aku nak declaire aku serba boleh? hahhaha
sebab tu aku post entry macam ni, aku tergolong dalam kidal kah? mungkin ya, atau mungkin tidak..

apa bezanya aku dengan orang lain?
kawan- kawan aku selalu tanya, 'ko buat kerja lain guna tangan kiri ke kanan?'
aku jawab : ada certain kerja yang aku guna tangan kanan, tapi ada antaranya aku guna tangan kiri contoh, sikat rambut tangan kanan, tapi makan dengan sudu, tangan kiri,... hehehe
dia tanya lagi, 'ko study pakai headfon kuat2, boleh masuk ker apa yang ko baca?'
aku jawab : itu lah cara aku study, 

aku ni pelik ker????????
mungkin ada gak orang yang study dengar music, tapi mungkin xsekuat aku dengar kot.hehehe mungkin mereka pelik, adakah mak dan ayahku xmengajarku menggunakan sudu dengan tangan kanan?
huhuhuhu jangan salah kan mak ayah ek? itu bab sensitip!

kadang2 bila aku pikir, mungkin kah bila aku study guna music yang kuat, otak aku akan aktif lebih daripada biasa? atau mungkin jugak neuron-neuron (entah betul entah tidak eja tu) tu akan aktif dan saling berhubung...
(macam iklan susu enmum lak) 

DAN jangan lupa..hari kidal sedunia adalah pada hari 13 OGOS tiap2 tahun..weeeeeeeeeeee

so? wallahua'alam.. aku pun xtau..tapi mungkin kah semua ni sifat semula jadi aku? kalau ikut statement tu, xsemuanya betul..xsemua nya sama macam apa yang aku alami... sebab tu aku cakap, sapa yang kenal aku jer akan faham aku macam mana..hehehehe that's me!!!!!!!





Gambar sengal!!!!





ni ada sumber2 yang mungkin korang boleh refer kalau nak tahu lagi lanjut pasal kidal...hehehe 
1-  ASAM GARAM KEHIDUPAN 
2-  wikipedia
3- fakta kidal

enjoy yourself..huhuhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...