Saturday, November 8, 2014

mak oh mak

peritnya bila hidup berjauhan dengan mak ayah. memang la xboleh bebas kesana kesini, tapi bila mereka sakit, susah nak menjengoknya

hari ni balik dari kerja, dapat 1 sms dari adik, menyatakan mak berada di hospital, katanya, mak kena patuk dengan ular kapak
crispy tersentap sekejap. apa patut aku buat? kalau aku balik malam ni, xsempat nak kejar datang KL pulak untuk kerja esok nya.
crispy bertanya pulak pada seorang pensyarah masa crispy di UUM dulu. pernyataan nya menyatakan kalau lambat menerima rawatan boleh membawa kepada kematian, itu lagi meresah kan crispy

adik kata, mak sekarang di hospital untuk rawatan lanjut. apa akan jadi ni? kalau masuk kerja esok pun mesti tak boleh nak fokus.

berat sungguh ujian untuk mak, dengan perangai nenek yang buta hati, sekarang ditimpa pulak macam ni.
baru semalam crispy dapat berita, nenek saman mak disebab kan nak kan balik tanah peninggalan arwah datok. crispy tak tau apa yang dah membutakan hati nenek tu, sehinggakan sanggup mengetepikan anak kandung, demi 2 orang anak angkat.

tanah atas nama mak long, nenek dah ambil untuk dibahagikan kepada 2 orang anak angkat nya, sekarang tanah atas nama mak pulak dia nak rebut. kalau ikut kan anak-anak angkat tu tak patut dapat apa-apa pun.. tak tau untung orang dah besarkan dia, sekarang harta orang pulak ko nak kebas..
Apa Jenis Manusia La macam ni

tadi ada dpt 1 link... berguna untuk tahu jenis-jenis ular yang berbisa

http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=18

boleh refer kat situ. bila dah baca kat situ, baru crispy tahu ada jugak jenis ular kapak bodoh


kepala berbentuk segi tiga, walaupun bodoh, ular ni berbisa tau.

Mak moga cepat sembuh

tq

Saturday, April 12, 2014

Untuk mu Hafiz

dah lama xupdate blog, sekarang hangat diperdengarkn lagu ni, dan lagu ni ada makna yang tersendiri

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

***dirimu sentiasa dalam ingatan, sering mendoakan kebahagiaan mu bersama istri
***mungkin dah bukan jodoh kita, bercinta selama 4 tahun, kau beli jenis kereta idaman ku
***kau kawen warna pelamin kesukaanku
***kalaulah......

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

*** mengapa susah untuk beriku peluang kedua
***kenapa cinta kita xde peluang untuk diteguhkan lg
***aq mengaku kesalahanku, dan mengharapkan peluang kedua untuk terus bersama dirimu
***tapi begitu senang dirimu mencari penggantiku

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

*** kau sudah menjadi miliknya, kau sudah lafazkan akad nikah ke atasnya
***pelamin anganku musnah, kau cinta hatiku terpaksa aq lepaskan
***namun aq nak kau tau, segala angan2 kita seandainya masih bersama, masih lg segar diingatan
***andai aq mampu putarkan waktu, aq pasti xkan mensia2kan peluang itu, kerana kau yang terbaek yang pernah hadir dalam hidupku

Muhammad Hafiz.....

aq kena sembunyikan segala kekecewaan itu, kerana dia dah sah menjadi sebagai istrimu.. teruskan lah hidupmu sebagai suaminya. aq hanya masa lalu pada dirimu

aq xkan pernah melupakanmu, kerana kau cinta pertamaku

Thursday, January 30, 2014

kemalangan

hye, dah lama crispy x update blog. erm... nak cerita, baru2 ni, tak baru jugak la, dah 2 3 minggu dah. crispy kemalangan. crispy naik motor nak ke Gombak. masa tu baru lepas makan dengan Ikin. ada bagitahu Ikin, nak ke Gombak sebab nak cari barang rumah. Ikin dah tegur dah, kenapa nak ke Gombak sebab rumah dah dekat dengan Jaya Jusco, macam la kat Jusco tu xde market.

tapi nak dijadikan cerita, crispy degil. crispy pergi jugak jalan Gombak. Yang Crispy ingat, Crispy lalu bawah lorong dari Genting Klang nak ke Jalan Gombak tu, ada sebuah Kereta Hitam nk himpit Crispy, crispy pandang dia crispy jeling kn pandangan dan teruskan perjalanan,, lepas tu.. crispy sedar2 je mata dah berpinar dan dekat sebelah ada seorang Indian lelaki yang agak berumur duk panggil doctor2.. rimas betul dengan lelaki tu. crispy sedar sebab Adni kejut kan. hospital call Adni dan bagitahu dia yang crispy kemalangan.

sepanjang kat Hospital Kuala Lumpur tu, yang Crispy ingat, crispy nak gi tandas, doctor suruh crispy pergi tanpa kerusi roda, tapi selepas bangun dari mangkuk tandas tu, terus pitam lagi sekali, huhuhuuhu apa lagi? berkejaran la Adni amik kerusi roda. Lepas tu, doctor masukkan air pulak dalam badan, entah apa yang tak cukup pun xtau la. habis 3 botol air dimasukkan. botol ketiga, darah dah mula mengalir keluar, Nurse nak flush balik darah masuk dalam badan, Tuhan saja tau macam mana rasa sakit dan pedih dia, sampai kan crispy boleh bagitau Nurse, "Jangan sampai saya lempang awak" Nurse tu pulak yang takut, kesian dia cuma jalan kan tugas. lepas tu tak ingat pape dah.. last sekali kejadian yang ingat kat hospital tu, ada kawan Adni datang,terkejut bila Adni bagitau yang crispy masuk hospital,pas tu doc kata crispy boleh balik, tapi kalau ada rasa nak muntah, datang balik ke hospital sbb takut ada luka dalaman

dah balik ke rumah, hari ketiga kat rumah baru crispy betul2 sedar, masa tu baru lah mula jawab mesej kengkawan. update status kat Facebook

selepas kemalangan, 1 je perkara yang crispy xboleh nak terima, pandangan crispy xmacam dulu. pandangan tu x sharp. bila jumpa doctor pakar, dia boleh kata crispy rabun. tapi dah buat spek pun masih sama. cermin mata dengan power baru. crispy boleh tgk benda tu sharp sekejap je. 10 minit kemudian, pandangan tu sama balik. bila pergi appointment lagi sekali, crispy buat 3 medical check up untuk mata. 2 doctor bagitahu mata crispy xde masalah. tapi lagi 1 bagitahu crispy, saraf mata crispy gerak xsama, sebab tu pandangan crispy jadi mcm tu. dan xtau apa patut crispy buat. sebab appointment seterusnya adalah pada 23 julai 2014. lagi 6bulan;

performance kat tempat kerja sekarang pun dah teruk. jadi sekarang ni siap2 lah untuk cari kerja lain. sebab dah tau dah contract tu xkan disambung untuk jadi permanent.

sekarang ni crispy sedey sangat kerana pandangan mata yang baru. crispy baru kuarkan motor. baru guna 2 bulan, mata dah jadi macam ni.. crispy dah xleh bawa motor.

itu jer yang crispy sedey sangat!!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...