Tuesday, November 6, 2018

Dimana kejujuran dalam hubungan?

Hi, dah lama betul tak update blog. Crispy masih mencari bahan untuk dijadikan cerita.

Hari ni, rasa macam nk update kisah crispy dengan si dia. kisah terjadi kemarin, bila dia betul2 tak puas haty dengan crispy. Dia kata crispy selidik cerita dia dengan seorang perempuan yg mana crispy gelarkan si Z. Sedikit intro pasal si Z.

 Dia ni kata orang, lecturer di sebuah university, pakai sebuah MPV, dan badan agak solid. Dari kaca mata crispy, orang nye biasa2 je, kalau nk compare dengan ex dia dulu, ex dia lagi lawa. Dia mula join grup kami untuk hiking ke bukit gasing, PJ. Nak dijadikan cerita, dalam grup mereka mengusik dan mula bergurau dalam grup.

Dulu, kata dia, "kalau betul, ada pape, baik dia pm je, xpayah nk buat dalam grup" dan sekarang, dia buat apa yang dia cakap. Memang dia pm. Mulanya crispy buat tak kisah, tapi bila trip by trip, semua trip yang dia ada, si Z ni mesti ikut, dan kalau dia lipak trip, dan dan si Z pun akan lipak. Dan kat situ la, crispy mula trigger. 1per 1 cerita crispy dapat. Yes, cerita yang crispy dapat tu semuanya dari orang yang boleh dipercayai, sebab bila crispy issue kan peristiwa2 yang crispy dapat tu, semua reaction dia macam terkejut, mesti dia fikir mana crispy dapat cerita ni.

Kat sini lah kemuncak cerita kami, bila dia mula buat luahan haty pada seseorang. Dan orang tu telah menyampai nyampai kan cerita dan main petik nama je. Lebih teruk, sebab dalan penyampaian itu, di katakan, crispy la punca yang memburukkan nama grup tu. Sedih memang sedih, hanya semata crispy x nyatakan nama si pemberi maklumat, terus jd cerita, crispy bawa mulut kata team tu duk membawang hal dia dengan si Z. Padahal crispy x sebuut nama sesapa pun. Memang gaya crispy, crispy bukan jenis suka2 petik nama orang, lagi2 orang yang cuba selamat kan crispy dari diperbodoh kan.

Part yang paling pedih dan mengecewakan, bila dia bercerita kat orang,
Yang crispy terhegeh2 pada dia, Dan crispy obses dengan dia. Macam tu dia nilai crispy, sedangkan tindakan crispy cuma untuk membela diri dari diperbodoh kan dan di permainkan. Crispy dah sms perempuan tu, dengan niat, perempuan tu tau, yg kami masih dlm hubungan, tapi selepas dapat sms tu pun, mereka masih berhubungan. Si X bagitau crispy, mungkin, si Z pun jugak diperbodoh kan oleh dia, sebab tu si Z masih terus kan dengan dia. Crispy fikir, mungkin jugak, sebab dia da sebarkan cerita kata crispy yg terhegeh2 kat dia, Dan crispy yang obses pada dia. Mungkin sebab tu, si Z x hirau kan sms crispy.

Crispy dah buat sesuatu yang crispy sendiri xsanggup dan xrela. Mengungkit!!! Ye, crispy utarakan 1soalan, "apa yg awk ada, yang jadi kepentingan pada saya utk sy obses pada awk"
Ye, crispy ucap soalan tu sambil mengalir air mata.. Crispy x bermaksud nak hina dia tapi, crispy cuma nk utarakan, apa yg ,crispy boleh jd obses pada dia tu.. Sedih sebab dia mungkin akan kecik haty dan rasa dihina.

Pada ketika ni, kepercayaan crispy pada dia, dah 0%. Dia sanggup pijak maruah crispy, bercerita pada orang macam tu, sedangkan crispy xpernah buka aib atau kelemahan dan kekurangan dia. Dan crispy makin percaya yang dia sendiri memang tengah obses untuk dapatkan perempuan lecturer tu sampai sanggup buat statement macam tu.

Cukup, lah crispy dengar dia selalu lunch sama2. Dia x jujur dengan crispy, walau pun dia cakap dia sayangkan crispy. Pada crispy, kalau dia jujur dengan diri sendiri, jujur dengan crispy, hal macam ni xkan berlaku. Dan pada dia, dia x salah, yang salah adalah orang yg bawa mulut. Pendapat dari haty kecil crispy, "kalau kau x buat, orang xkan cakap
Pada dia pulak, dia xsalah sebab dia xpandai dalam hal2 macam ni.. Dari dulu, dia selalu cakap kat crispy, xpandai tu belajar la, tp bila datang hal macam ni, dia xleh belajar. 

Sekarang, dia kata dia lepaskan crispy, ,tapi yang pelik crispy langsung xrasa sedih. Xde rasa nak menangis, cuma crispy rindu. Crispy rindu lelaki yang curi haty crispy dulu. Yang cukup jujur dengan crispy, suka bercerita dengan crispy. Crispy dah cukup kecewa kerana dia lelaki yang bukan saja x setia, x jujur, malah dah pijak maruah crispy sebagai seorang perempuan, dengan bercerita kat orang yang crispy ni obses dan terhegeh2 kat dia... 



Tuhan saja yang tau isi haty ko, tapi aq xtau... Aq xtau apa yang ko kejar kan, aq xtau apa yg ko ingin kan...

Monday, July 9, 2018

Kenapa Cintakan Saya?

Fuuuhhh lama dah tak update blog. Bukan apa, tapi takde idea nak update berkenaan apa. Haaaa hari ni baru crispy dapat tajuk.

Bukan apa, crispy tak tau la nak admit macam mana. Dia pernah tanya crispy, kenapa, apa yang buat kan crispy pilih dia, sayang kan dia.. Dan crispy tak dapat nak jawab soalan tu.

Tak tau macam mana nak mulakan. Tapi hari ni, apa yang jd pada crispy, menjawab soalan kat atas. Crispy tak ada specific reason kenapa crispy pilih dia untuk disayangi. Dan crispy ngaku, crispy dah start cintakan dia. Tapi tau tak???? Takde sebab yang tepat pun kenapa dia? Crispy suka dia, Tuhan dah lorong kan haty crispy, bukakan mata crispy untuk tengok dia, untuk nampak dia yg istimewa di haty.

Namun begitu, crispy kena sentiasa standby, bersedia untuk kehilangan dia. Dia x pernah nyatakan secara terbuka, apa perasaan dia pada crispy. Cuma, pada 26/5/2018, dia pernah nyatakan kat crispy, dia sayang kan crispy, tp dia x cintakan crispy. Dan dia tak nak kehilangan crispy. Walau pun crispy sendiri tak faham apa maksud dia, tapi crispy ikut je jalan yang dah dibentangkan Tuhan. Tak pernah terfikir untuk berundur atau memaksa dia bersama crispy lepas dia bg ayat2 tu.

2 3 hari ni, banyak sangat berlaku, kami gaduh. Bila crispy bergurau, dia ingat crispy betul2 sindir dia, bila dia gurau, crispy pulak yang x faham. Seolah2 cara kami bergurau tu dh xsama macam dulu. Kami tak dapat apa yg kami nk sampai kan. Dan malam tu, memang dia marah betul, sampai crispy terkejut dengan perubahan dia.

Esok nye, kami dah ok, tiba2 pulak isu hal grup pulak. Ye dia memang macam tu. Tapi kenapa dgn perempuan tu je. Dengan perempuan tu, dia boley nak sweet2, bergurau tu crispy x marah sangat la.. Tapi, bila perempuan tu start panggil dia "sayang" berderau darah rasa cemburu. Sebab crispy pernah ternampak chat perempuan tu dalam wassap dia. Itu yang buat crispy fikir bukan2.

Mau nya x pikir... Dulu, sebelom crispy jatuh sayang, corak perkenalan yang sama jugak antara kami. Kalau daripada kawan boley jd syg, skarang crispy perlu rasa takut utk kehilangan la... Crispy da bagi hint yg crispy cemburu, tp mungkin pd dia, itu perkara kecik, sbb dia x endah kan pun. Apa yg buat meletop lg, bila crispy tolak dia untuk on trek sama2.

Ye, bukan sebab tak nak on trek, tp x sanggup nk tengok dia dengan perempuan tu. Crispy xtau sejauh mana, tapi crispy tak nak terlalu positif, sebb kalau crispy layan kan je dan anggap tu xde pape... Kalau suatu hari, apa yg crispy sangka tu xde, tetiba ada... Yg kecewa tu crispy, yg sakit tu crispy. Demi menjaga haty diri sendiri, akhirnya dia buat keputusan untuk, tak on trek dgn crispy lg lepas ni. Crispy terpksa terima, sebab dia memang degil orang nye..,kalau itu lah kata nya, itu lah keputusannya.

Dia ada nyatakan, dia da mula bosan dengan crispy, sbb crispy da x macam dulu. Ye...,ini,lah 1 ayat yang betul2 memgguris haty.masa ni macam2 da fikir. Mungkin perempuan tu da mampu ganti tmpat crispy yg dulu.

Sebab tu lah, crispy xde specific reason, kenapa crispy suka dia, dan dengan segala perubahan perangai dia, crispy xpernah terlintas untuk rasa bosan, menyampah,xsuka apatah lg benci pada dia. Crispy akan terus sayang kan dia, walau mcm mana sekali pun perubahan tu... Dulu sweet, ckp pun berlembut, dan berlapik, mlam tu terus ganas menyinga, tapi crispy masih terima. Syg masih sama, Dan crispy masih cinta. Skrg crispy fikir, mungkin dia cuma sayang kan crispy yg dulu, sebelom timbul perasaan cemburu dan kecik aty.

Crispy xtau sejauh mana kami akan bersama. Ye, crispy perlukan dia untuk lengkap kan kekurangan crispy, tapi crispy akan berhenti melangkah bila dia xperlukan crispy lg.

Mungkin reader boleh fikir balik..betul x apa yg crispy buat? Atau cinta tu perlukan sebab/faktor untuk mencintai dan dicintai?

Tuesday, February 27, 2018

OsTricH FaRm - PD

10/2/2018

Dah lama giler tak jumpa Zizan, tak semena2 zizan ada hubungi balik melalui whatsapp.
Dia mungkin dah lupa siapa crispy, sebab dari cara dia whatsapp tu, cuma berawak saya, dan masih cuba mencari siapa crispy.

Akhirnya, nk dijadikan cerita, temu janji di tetap kan. Crispy keluar dengan gaya yang agak simple. Bila bertemu, ada timbul rasa janggal. Lelaki yang dahulunya aku pernah mesra, lelaki yang dahulunya aku pernah bergelak ketawa, lelaki yang dahulunya banyak mengajar erti sabar dalam dunia pendakian, tetiba sahaja jumpa seolah2 baru kenal semalam.

Untuk mengimbau semula kenangan, kami menetapkan untuk keluar bercuti, lari dari kesibukan kota. Berbekal kan cuti tahunan yang masih bersisa, crispy setuju. Pada 10 february 2018, dia menjemput crispy dari rumah, dan terus memandu kereta ke Port Dickson.

Lebih kurang 2jam perjalanan, kami sampai ke destinasi yang dituju : Ostrich farm

Crispy ingat kan, cuma ada ostrich je kat sana, rupanya ada lagi binatang laen, seperti kucing, arnab, lembu, keldai, unta dan lain-lain. Memang best, tapi agak kecewa sebab crispy lepaskan peluang untuk tunggang ostrich (burung unta). Itu sebab zizan dah mula pengaruh crispy dengan andaian2 yang agak menakutkan.

Dah pusing 1 taman, hari pun panas, kami terus bergerak ke pantai. Cari port makan. Sebelom makan, sempat lagi ke pantai ushar mat mat pancing memancing ikan. Lama jugak kami lepak di pantai, sempat menunggu matahari terbenam. Selepas sesi bergambar, kami bergerak ke kenny rogers, dan bersedia untuk makan malam.










Selepas makan malam, kami bergerak balik ke kuala lumpur..

Tak tau sejauh mana dia akan bersama crispy, sebab crispy tau, dia agak sibuk sebagai guide gunung. Jadi, lepas antar balik rumah dia pun memulakan khidupan dia yang sibuk tu macam biasa... Dan crispy, masih meneruskan hdup macam biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...