Monday, May 21, 2018

MK Le Man

Post ni berkenaan dengan seseorang yg crispy kenal. Tak la lama sangat pun, masih di peringkat permulaan. Pada awal nye, mula bertentang mata pada 1 february 2018. Masa mula2 jumpa, tak banyak cakap pun, masing2 bersembang dengan kawan yang laen, tapi masih duduk 1 meja yang sama..

Perkenalan mula berlanjutan bila dalam group whatsapp, kami mula ber cia cia cia. Pada asal nye memang takde rasa pape sebab faham, semua tu hanya gurauan. Tapi crispy tak tau kenapa, Tuhan kuat kan semangat untuk personal messages (pm) pada dia, dan teringin mengenali dia dengan lebih lanjut. Mungkin dengan perangai easy going dia, crispy rasa tertarik.

Di izinkan Allah, crispy datang ke ampang untuk berjumpa dengan Angah, pada keesokannya crispy ada trip ke gunung dato untuk hiking. Tiba2, jari laju je menghantar pesanan pada dia bertanyakan ketum. Dan semua nya bermula dengan lancar bila dia dapat cari sebotol ketum untuk di nikmati. Dengan berpandukan waze dan location yang diberi, crispy menuju ke destinasi.

Dah agak lama meninggal kan ketum, bila malam tu crispy minum, ya Allah, ketika itu kepala sakit yg amat..jadi, rehat sebentar sebelom balik ke subang. Selepas trip gunung dato, diizinkan Tuhan, crispy ke setapak untuk jumpa fiza. Selepas makan, crispy text dia, dan terus mengarahkan rudy untuk ke ampang, lepak dengan dia. Hujan rahmat menemani malam kami.

Beberapa kali pertemuan, semua nye berjalan lancar, sampai 1 ketika, crispy ternampak dia membalas whatsapp seseorang yang dinamakan 'cinta'. Pada ketika itu, crispy masih tenang sebab masih tiada perasaan istimewa terhadap dia, dan dia pun jujur mengaku, itu awek dia. Lama2 lepak dengan dia, bersama tika panas dan hujan, tengok kehidupan dia sehari-harian, tiba2 crispy sedar crispy dah mula jatuh kasih pada dia. Tapi dalam masa yang sama, crispy sedar dia hak orang.

Hubungan crispy sebagai orang ketiga berlanjutan sehingga ke hari ni. Dan sampai sekarang, crispy xtau sejauh mana hubungan ni boleh pergi. Crispy kena sentiasa bersedia untuk ditinggalkan. Ye, crispy sebagai orang letiga, kadang2 makan haty, kadang2 kecik haty terutama bila dia tersasul menggelar kan diri dia 'ayg' depan crispy, walhal crispy xpernah panggil dia mcm tu.. Bila dia tersasul tu, crispy tau dan faham2 la, dia baru lepas text/sembang dgn awek dia. Walau kecik haty pun, diam je la, sebab crispy yg sondol hubungan diorg.

Belanja sikit gambar...



Sekian....

Tuesday, February 27, 2018

OsTricH FaRm - PD

10/2/2018

Dah lama giler tak jumpa Zizan, tak semena2 zizan ada hubungi balik melalui whatsapp.
Dia mungkin dah lupa siapa crispy, sebab dari cara dia whatsapp tu, cuma berawak saya, dan masih cuba mencari siapa crispy.

Akhirnya, nk dijadikan cerita, temu janji di tetap kan. Crispy keluar dengan gaya yang agak simple. Bila bertemu, ada timbul rasa janggal. Lelaki yang dahulunya aku pernah mesra, lelaki yang dahulunya aku pernah bergelak ketawa, lelaki yang dahulunya banyak mengajar erti sabar dalam dunia pendakian, tetiba sahaja jumpa seolah2 baru kenal semalam.

Untuk mengimbau semula kenangan, kami menetapkan untuk keluar bercuti, lari dari kesibukan kota. Berbekal kan cuti tahunan yang masih bersisa, crispy setuju. Pada 10 february 2018, dia menjemput crispy dari rumah, dan terus memandu kereta ke Port Dickson.

Lebih kurang 2jam perjalanan, kami sampai ke destinasi yang dituju : Ostrich farm

Crispy ingat kan, cuma ada ostrich je kat sana, rupanya ada lagi binatang laen, seperti kucing, arnab, lembu, keldai, unta dan lain-lain. Memang best, tapi agak kecewa sebab crispy lepaskan peluang untuk tunggang ostrich (burung unta). Itu sebab zizan dah mula pengaruh crispy dengan andaian2 yang agak menakutkan.

Dah pusing 1 taman, hari pun panas, kami terus bergerak ke pantai. Cari port makan. Sebelom makan, sempat lagi ke pantai ushar mat mat pancing memancing ikan. Lama jugak kami lepak di pantai, sempat menunggu matahari terbenam. Selepas sesi bergambar, kami bergerak ke kenny rogers, dan bersedia untuk makan malam.










Selepas makan malam, kami bergerak balik ke kuala lumpur..

Tak tau sejauh mana dia akan bersama crispy, sebab crispy tau, dia agak sibuk sebagai guide gunung. Jadi, lepas antar balik rumah dia pun memulakan khidupan dia yang sibuk tu macam biasa... Dan crispy, masih meneruskan hdup macam biasa.

Tuesday, December 19, 2017

Adik dah, kakak bila?

Aduiiii... Kalau tengok tajuk mesti dah boleh agak... Apa kisah.. Kan..
Ye... Kahwin... Sekarang ni lagi bermasalah..sebab adik dah kahwin dulu dari kakak.. Orang panggil langkah bendul..

Wey, tobat seram dengar soalan, bila kakak nye nak kawin? Umpama di tanya, bila kakak nye nak meninggal? Yelah, jodoh tu dah tertulis, dan itu kan rahsia Allah..apa lagi crispy nak jawab kalau crispy sendiri tak ada jawapan tu..

Hari tu masa majlis, ada makcik tanya kan crispy soalan ni, crispy cakap,crispy tak ada sesiapa lagi..kalau ada rekemen la.. Sekali dia sambung, ko betul nak aq cari ni? Aq cari betul2 kang.. Terus aq senyum kelat.. Menjawab kang kata tak hormat pulak.. Dan sesudah nye, crispy di cop memilih..

Maka selepas majlis ini, makin susah lah untuk crispy balik ke kampung.. Alasan?? Sebab nak mengelak dari soalan2 sebegini rupa.. Apa pun, crispy nak belanja gambar sepanjang majlis kahwin adik tu...







Dan disini saja... Jodoh crispy masih belom kelihatan..masih menunggu..kalau xde di dunia, in shaa allah, di jannah sana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...