Friday, May 29, 2015

Petunjuk ATAU Takdir

hari ni antara hari yang sukar bagi crispy. Ye lah semalam bergaduh dengan Adni. yang membuat kan crispy bengang dengan dia tu, dia boleh diam xbalas mesej crispy yang tengah angin dengan dia. dia diam sampai lah ke hari ni.. penat aq nangis malam tadi sebab nak marah kan dia. alih-alih hari ni dia boleh gi bersuka ria kat Melaka dengan budak2 menembak tu lah. nanty balik... pasti akan ada lagi hal yang boleh menyebab kan kes cerai berai antara laki bini. itu lah yang selalu jadi bila dia ke Melaka.

argh!!! tinggalkan Adni yang tengah meroyan bersuka ria dekat Melaka tuh. crispy nak citer pasal crispy. ari ni tetiba Team Leader crispy panggil untuk jumpa dengan Unit Head. jantung berdebar-debar rasa nak gugur bila Team Leader kata nk review crispy kat tempat kerja. sebab dalam fikiran crispy cuma ada 2 result, sama ada permenant atau terminate. bila dah masuk ke bilik Section Head untuk berbincang, terkejut dengar kata-kata dari Unit Head, mengatakan Big Boss dah approved kan result crispy untuk permenant.
crispy rasa nak sujud syukur kat situ jugak. tapi tetiba teringat kan lagi 1 tempat.

crispy terfikir, setelah 2 tahun crispy dekat call center tu bru hari ni mereka nampak effort crispy kat sana untuk permenant. dan, mampu ke crispy nak lalui hari-hari yang mendatang untuk menghadap cross sale sebanyak 40-50 sale sebulan. bulan-bulan biasa pun crispy cuma mampu capai 20 lebih jer, ini nak dapatkan 40-50 sale sebulan.. mana nak dapat???? crispy memang xpandai dalam membuat sale, dan sebenarnya semua yang crispy dapat untuk bulan ni adalah rezeki dan nasib sahaja. kalau bulan depan crispy xdapat capai sepertimana yang crispy dapat bulan ni, pasti akan di persoalkan.. lepas orang dah permenant kan awk, awk xnak buat sale pulak???? itu yang crispy tengah fikir sekarang.

bila dia dah review, dan dah bagi keputusan, crispy teringat yang crispy ada walk interview kemarin. aduih... lagi 1 hal nih... seperti yang disangka, habis je shift, crispy tengok pada tefon, ada 2x misscall dari no tefon office. crispy biarkan tanpa call balik. dan bila sampai rumah, orang tu call crispy balik. company yang crispy pergi walk interview tu panggil untuk interview kedua. crispy takut, company ni akan amik crispy. dan crispy takut macam mana nak hadapi management kat tempat sekarang? apa alasan nak bagi? lagi pun kalau dapat tempat baru ni.. crispy boleh pindah, jauh dari Adni Amir, duk jauh dari dia dan xkan jumpa dia lagi.

lagi pun tempat baru, crispy akan belajar balik dari bawah, dan akan mulakan career yang baru walaupun dalam bidang yang sama. crispy xnak bajet dalam 2thun. crispy bajet untuk setahun jer, bila dah permenant crispy nk buat career moved then pergi ke department admin atau processing unit. crispy nak belajar lagi banyak dalam bidang yang crispy dah ceburi ni. cuma crispy xtau macam mana nak hadapi situasi ni. apa nak cakap dengan management sekarang?

lagi satu hal, tempat yang sekarang ni, xde tempat makan, 100% bergantung pda jualan nasi dari budak2 floor atau pun kalau dah habis, xde hidangan laen, melainkan KFC. dulu Jakun, xpernah masuk KFC, sejak belajar kat universiti baru mula kenal KFC. Hafiz panggil KFC ni rumah orang tua. bila dah keje sini, hari2 KFC, bdan pun dah naik berisi. susah nya nak turun balik macam dulu.

nak tengok?????


badan dah naik 2x ganda dari dulu.


xmampu crispy nak tunjuk original saiz, sebab tu tunjuk sampai bontot jer... badan dah xberapa nak fit. banyak baju dah xberapa nak padan.
akibat kerja duduk macam ni, akhirnya, bdan dah macam gajah!!!!

TENSION TENSION TENSION

sekarang ni apa nak jadi?????? apa pilihan yang patut crispy buat? patut ke crispy pergi second interview kat sana?
member ramai kata gaji increment kat sana murah
tapi baek murah dari kena warning letter tiap2 bulan... betul x?

crispy xtau mana satu arah tuju yang tuhan nak tunjuk kat crispy ni

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...