Sunday, May 24, 2015

Teringin

kenapalah, 2 3 hari ni crispy rasa macam selalu nak menulis jer.. huhuhu xde kerja nak buat, update blog lah... walaupun crispy tahu, sapa yang baca mesti bosan sebab semua pasal hidup crispy jer... memang lah! nama pun blog crispy. sapa tak nak tahu pasal crispy, crispy xkisah, sebab sekarang blog ni pun dah jadi macam tempat luahan ketidak puasan hati jer.

Dimalam yang sunyi ni, (xsunyi sangat pun, duk dengar lagu TOKI - Hampa) tiba-tiba terdetik di hati untuk ulangi semula saat-saat manis bersama Hafiz dulu. selalu sangat bila buka FB Idah Azimi, nampak dia online dekat mobile, hati teringin nak tegur, tapi dah tahu, dia tak kan membalas sapaan ku.. cukup lah tengok profile picture dia dengan Istri dia.

kalau lah masa boleh di rewind, crispy nak betulkan kesalahan crispy pada dia, disebab kan pengalaman cinta bersama dia lah yang mengajar crispy erti kesetiaan, batas-batas dalam percintaan. crispy mula belajar memahami dan menerima apa yang pasangan suka dan xsuka. memang susah nak terima dan belajar apa yang pasangan kita xsuka, tapi kena terima demi kebahagiaan yang bakal dikecapi.

crispy teringat semasa kami bercinta, semasa crispy di melaka, dia di Port Klang. jumpa buah hati pengarang jantung tu beberapa bulan sekali jer. sama ada crispy naik Klang masa cuti umum (xbalik kg) atau pun jumpa kat Kelantan. walaupun crispy bercinta jarak jauh, tapi crispy mampu dan boleh percayakan dia sepenuhnya.
kerana dari awal perkenalan, dia xpernah curang, xpernah menipu dan kejujuran selalu ada dalam hubungan. sebab tu lah walau kami berjauhan, sifat percaya antara 1 sama laen tu ada.

bila lama-lama sekali baru jumpa, crispy boleh rasakan Ya Allah, betapa aq merindui lelaki ini, masa jumpa dia dekat terminal bas, kami salam sambil tersenyum, dia pikul kan bag crispy dan bawa crispy ke kereta. manisnya saat crispy tatap muka dia, boleh nampak macam mana dia gembira jumpa crispy dan boleh nampak semua masalah dia hilang seketika masa kami bersama.

laen pula jadinya masa nak berpisah. saat dia nak belikan tiket untuk crispy balik melaka, selalu sangat delay dan tangguh-tangguh, sebab xnak crispy balik. macam-macam masalah yang dibuat nya, dan saat dah dapat tiket untuk balik ke melaka, seharian dia akan bersama crispy, luangkan masa, makan sesama, gi jalan-jalan amik angin, sampai lah waktunya untuk crispy bertolak naik bas balik melaka.

yang paling best sekali part nak naik bas, masa tengah tunggu bas tu, masing-masing diam layan perasaan, bila bas dah datang, tiba masa nak naik bas, dia angkatkan beg letak tempat luggage dan mula salam perpisahan nak naik bas. saat tersentuh jari jemari dia masa bersalam, masa tu PASTI air mata crispy akan mengalir xsanggup nak berpisah. setiap kali perpisahan, bila salam MEMANG akan nangis. salam akan bertaut sampai lah pakcik bas suruh naik dah nak bertolak. dia akan tengok bas yang crispy naik sampai hilang dari pandangan mata dia. dalam bas plak akan terus SMS sampai crispy tertdo dalam bas. dan dia SANGAT PANTANG klu crispy naik bas duk sebelah lelaki. dia xkan benarkan crispy tidur, sebab takut apa-apa akan terjadi. walaupun kami masih muda, tapi nampak sangat, cara dia nak menjaga crispy.

apa yang paling best sepanjang hubungan ni, kami xpernah bergaduh KERANA PEREMPUAN LAEN. dia xpernah buat perangai dan kami xpernah ada masalah bergaduh disebab kan PEREMPUAN laen.
itu lah sebab sampai hari ni, crispy sangat2 kesal kehilangan dia.

walaupun dia dah berumah tangga, tapi crispy masih xboleh lupakan dia. Cinta terhadap dia, xpernah pudar. dia sahaja menjadi pujaan dari dulu. susah nak bandingkan dia dengan lelaki laen. sebab xpernah ada lelaki yang boleh tandingi dia. crispy sangat2 teringin untuk adanya lelaki seperti dia.. yang crispy boleh cintai dan boleh percayai...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...