Friday, May 1, 2015

kejadian semalam

semalam 30 April 2015 bermula kisah pada pukul 6.15pm.

Adni, datang ke rumah dengan tujuan nk berbaek dengan crispy. dah 3 hari crispy tak jumpa dia, menyangka dia akan merindui crispy dan berubah tak seperti dulu
crispy mandi dan turun ke bawah, benda pertama yang crispy rampas adalah telefon dia.. bertanyakan janda dia yang mengganggu hubungan kami selama 3 tahun berturut-turut, dia sejujur nya menunjukkan SMS yang perbualan mereka. crispy teliti 1 per 1, terkejut bila tengok perkataan Ayg yang dia gelarkan janda tu menyebab kan haty crispy makin membara. menyangka dah berubah, tapi... masih sama.

2 jam lebih bertekak depan rumah. crispy tahu, kawan-kawan serumah xsenang dengan pergaduhan tu. sebab bising, jiran2 pulak semua mulut cabul dan kepoh. tapi bila tindakan dia xbenarkan crispy masuk ke dalam, menyebabkan kami bertekak sampai 1 tahap...

dia kata, dia hanya akan pergi kalau crispy ludah ke muka dia. crispy xsanggup untuk meludah ke muka orang yang crispy cinta. 3 tahun, pelbagai benda yang crispy dah alami dengan dia. crispy kenal luar dan dalam perangai dia, crispy xsanggup dan xmungkin boleh berbuat begitu.

tapi bila keadaan makin genting, crispy xmampu nak tahan perasaan. bergaduh dengan dia pun dah cukup untuk crispy mengalir air mata. crispy bagi peluang mengharap kn dia akan berubah, tapi pada dia, berubah tu bermakna dia dah rajin bekerja, ada duit dah ada motor sendiri. dia xpernah faham apa maksud berubah.. bila kau xpernah faham dan xpernah nak ubah perangai melayan perempuan, sampai bila2 pun kau xkan bahagia.

keadaan makin genting bila dia seolah-olah mencabar crispy untuk meludah ke muka dia. crispy xtahan lagi dengan perangai dia dan nk dia cepat2 pergi dari rumah crispy, UNTUK KALI PERTAMA DAN TERAKHIR, crispy meludah ke muka orang. taubat lepas ni crispy xbuat lagi. bila buat gitu, terasa diri ni angkuh dan takbur sangat. dan crispy pun xsangka, apa yang menguatkan crispy untuk melakukan sedemikian

sekarang, crispy akui, crispy rindukan dia. crispy tau crispy sayang kan dia, tapi crispy kena kuat, crispy kena faham, ini mungkin yang terbaek untuk crispy memandangkan dia xnak berubah untuk hubungan kami.
lagi sekali crispy gagal dalam hubungan

remark : setiap kali crispy lepaskan lelaki, pastinya, lepas tu lelaki tu akan jumpa perempuan yang boleh bahagiakan dia. keadaan yang sama berlaku pada hafiz, saiful, iskandar dan sekarang awak adni.

crispy sedar, xde orang boleh tandingi hafiz, dia seorang lelaki yang CUKUP setia. mungkin lepas ni crispy berserah je



saya dengan rela hati lepas kan awak

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...