Wednesday, May 18, 2011

Lelaki Ker Yang Ego Hah??????

fuh.... dah 2hari xon9.. adess blog pun dah lama x update. sebenarnya sedang mencari idea gak ar nak tulis pasal apa kan..huhuhu  xde yang menarik pun, dalam 2hari xon9 ni crispy baru jer habis kan drama thailand tajuk Cheng. pergh! penuh lawak jenaka, dan yang part hujung2 tu dah masuk part air mata lak. tapi ok la sebab happy ending.,.

ermm apa kena dengan tajuk tu kan?

xlah sebenarnya crispy nak tanya sekarang ni ada lagi ker orang yang ada ego menggunung? dan crispy nak tau jugak la apa kebaikan ego ni pada korang ek? kalau perasan bukan setakat dalam citer Cheng tadi jer, bende ni memang ada dalam diri setiap orang kot terutama dalam percintaan.

korang kan.. bukan la crispy nak kutuk lelaki, tapi kan, lelaki biasanya ego dia MasyAllah.. tinggi menggunung lagi tinggi dari gunung everast. (betul ke ejaan tu). xfaham betul la crispy..

ada 1 kes... lelaki tu tau yang perempuan tu dah cinta tahap gila bangang kat dIa, tapi lelaki tu boleh lagi jual mahal kan? walhal hati tu dah sayang sangat2 kat perempuan tu. dan disebab kan ego punya pasal, salah nya cenonet jer besar kuman, tapi benda tu dibesar2 kan. yer lah, aku kan ego, mana boleh nak ngalah senang2 jer.(xnak tunjuk yang korang ni sayang awek lebih2) itu baru cakap pasal pasal orang punya salah. kalau korang punya salah? korang belit kan jugak ayat tu mencari ruang untuk korang salahkan balik orang tu. aduhai.. last2 orang yang xpatut minta maaf pulak yang minta maaf.

ada lagi satu hal (yang ni refer kat citer tadi ek)  gurl dan boy tu masing2 menyintai, tapi xnak ngaku. dan masing2 nak tunjuk degil, tunjuk hebat, berlagak.. wey! xkemana la cinta korang tu kalau setakat nak berlagak jer. xboleh ker cuba tawan hati pasangan korang instead of ambik berat kat diorang jugak.

boleh x kalau crispy definisikan ego tu macam keras kepala, nak tunjuk kau sorang jer betul, orang lain semua salah. eee crispy rasa, dalam banyak2 bende dalam percintaan ni, tolong lah honest jangan ada ego. apa yang korang rasa tu korang luah je.. kalau korang sayang, korang jaga ar pasangan korang. korang tau x.. kadang2 sifat ego tu mampu membinasakan sebuah hubungan yang mungkin mampu bahagia hingga ke akhirnya. dan kalau retak pun, sebenarnya bukan salah orang lain.. salah korang sendiri...

korang kena tahu..

setiap orang kan ada perasaan, habis kalau awek korang layan korang macam korang buat.. ko rasa bengang x? kau tahu orang tu mampu bagi hubungan yang baek dan bahagia, tapi disebab kan cenonet rasa ego tu, terus jadi retak! pas tu mula la salah kan orang lain, ada orang ketiga la dah berubah la apa la. padahal, semua tu sebenarnya salah korang sendiri gak.. ( ingatlah, 1jari tunding kat orang, lagi 4 menunding kat korang balik)

(JANGAN BACA!!!!!!!!!)
tahu x, orang perempuan ni jiwa dan perasaan dia sangat lembut dan sensitif. crispy rasa xde lagi percintaan yang ada halangan macam dalam cinta crispy yang dulu.. crispy rasa crispy kuat, crispy rasa crispy da hebat. terima kasih jugak kat dia sebab mengajar crispy macam mana nak jadi ego. kau menunding jari kat aku, cakap aku salah tu salah ni, dan yang lain semua kau betul. dan hubungan diuji tu dengan air mata yang berlinangan. dan crispy rasa dulu crispy xpernah ada ego pada dia, crispy jaga hati dan perasaan dia, xpernah ada kekurangan dalam menjaga status hubungan. tapi dia kata crispy dah berubah dan tinggalkan crispy. memang betul. crispy berubah bukan sebab crispy ada jantan lain pun. tapi crispy penat jadi orang yang asyik mengalah dengan segala ksalahan, crispy penat jadi pesalah. crispy penat dengan segala ayat pasrah tu, walaupun sebenarnya crispy tau disebalik ayat tu.

(ok boleh baca dah)
crispy yang masih baru dalam dunia kehidupan ni nak tahu jugak apa kebaikannya kalau kita ego pada orang terutama yang kita sayang. kita akan dapat bersama dia dengan bahagia ke kalau ada ego? xde risiko kena tinggal ker kalau asyik ter ego jer?kau rasa konon ayat pasrah yang selalu korang bagi kat awek tu x psyko diorang ker?
contoh ayat pasrah : " xpelah awk, kalau awk xbahagia dengan saya"    " xpelah, sy ni xsetanding awk..."
 ah, kalau xbahagia xkan la mampu bertahan sampai bertahun hubungan? eee korang pikir la...

tolong lah! boleh x kalau aku cakap lelaki yang xmempertahankan cinta nya adalah orang yang pengecut!!!!!!!!!! korang dah mengalah sebelom masuk gelanggang.. korang main cakap ikut keputusan korang jer, xnak dengar pun apa si gadis nak cakap.
kalau dulu sebelom jadi awek, kenapa korang boleh pujuk boleh cairkan perempuan sampai jadi awek korang, tetiba dah ada conflict skit, mula tunjuk ego, konon korang xkisah pun kalau awek korang bukan milik korang lagi..
tapi lain la kalau gurl tu dah cakap yang dia memang xsukakan kau! teetttt!!!!!!!!!
eeeeeeeee fight for your love la bro....


Saturday, May 14, 2011

GADIS MELAYU BERTUDUNG

hye.. hari ni mood blogging crispy turun naik turun naik jer.. dari pukul 2 tadi lagi niat nak buka buku untuk final exam pada 18mey nanti. tapi, once dah buka laptop, tgk issue dekat facebook, then tgk blog untuk membalas kunjungn blogger2 lain, tiba2 mood crispy nak blog walking dah naik...

hah? apa kaitan dengan tajuk entry tu? ooo... ni nak cerita sepanjang crispy pergi berjalan2, dari blog ke blog ni, terjumpa la, xtau la bende ni issue lama ker issue baru kn, tapi crispy baru jumpa, so crispy anggap ni issue baru bagi crispy.

sekarang ni, dalam xdiam nak promote link orang la kan, hehehe first sekali ada orang paste link dekat wall crispy, dah lama dah, tp crispy baru buka ari ni, rupanya blog tu kepunyaan seorang budak yang berumur dalam lingkungan 24- 26 kot, ni link yang kawan crispy paste tu..  start dari blog dia la, macam2 yang crispy jumpa. agak lama berada di page dia tu, lepas satu2 tajuk yang crispy klik.

then akhirnya sampai ke seperti tajuk di atas..

sebenarnya kat sini niat crispy cuma nak ingatkan kaum2 hawa, terutama melayu kita ni supaya private kan gambar2 anda dekat facebook myspace,twitter, friendster, even dekat blog dan yang paling utama ialah Tagged  (aish promote laman web sosial plak)
kenapa paling utama adalah Tagged? aduh!!!!!! crispy putus dengan pakwe crispy pun sebab laman ni. sebab dulu crispy pernah ada Tagged. nama apa xyah cakap la kan, sebab dah delete..huhuhu
dalam tagged tu agak terbuka, dan bagi orang yang betul2 boleh menerima segalanya sahaja yang boleh tahan dengan tagged tu.

aish! jauh melalut!!!!!!!!!   back to our point..

kenapa kena private? sebab sekarang adanya grup2 yang menjadikan hobi untuk mengumpul gambar2 awek2 yang bertudung dan dijadikan koleksi diorang. fuh! naik jem laptop crispy sebab dok tekan sana tekan sini... korang search la sendiri ek?

1- Gadis Layu
2- Awek Tudung
3 - Gadis Melayu Bertudung

daripada link2 tu la crispy jumpa macam2 gambar la... xsilap dekat merewang jap tu pun ada 1 link, xingat apa nama dia, tp dah 2bulan kot x update tu..huhuhu

** p/s yer, bukannya niat nak membuka aib sesiapa, tapi kalau ada yang tertengok link2 tu, usha2 la takut gambar korang ada kat galeri diorang. mungkin ada yang marah sebab crispy bagi link kat sini, tapi jangan salah faham..niat utama crispy  nak bagi diorang check sama ada gambar diorang masih di bawah privasi atau x. sebab xsilap crispy ada gambar2 tu crispy pernah tgk dekat tagged. mungkin owner dia bukan kaki blogging, sebab tu xtau.

Salah ker???????????????

 Perempuan nak jugak syok sendiri, 
bergambar konon nya dah cantik la tu
mungkin ari tu pakai eye liner rata je xcomot, 
sebab tu rasa cantik

               
Xkan nak bergambar macam ni? xnampak pape.. ujan kat belakang so cahaya dari belakang tu buat kan gambar tu jadi gelap
korang nak curi ke gambar macam ni???

 atau pun macam ni?????
sebab nak jaga privasi punya pasal kn.. 
sebab xnak kena curi gambar tu..
buat apa orang nak curi gambar macam ni, apa pun xnampak
entah2 muka macam cekodok
(macam aku ker?????)

atau pun?
dah xde cara lain dah, ambik gambar dari belakang jer lahh
kat belakang ni rasa macam xde pape nak kena tayang pun.
so korang xde la interested nak curi gambar aku kn?????


hahahahahahahah sekian sajalah presentation dari aku hasil dari blogwalking crispy ari ni. so gurlzzzzzzzzzzzz
pilihan terletak ditangan korang sendiri.. nak bergambar macam mana itu terpulang korang la kan... kita upload gambar sebab nak share gambar bahawasanya kita ni seorang yang cantik (walaupun xcantik dan dah diedit sebenarnya)  at least ada gak yang nak singgah lama2 kat page kita sebab tgk gambar2 tu kan?.. ah, kang termasuk entry lain lak kang, adus! feel free utk komen atau hentam aku...

penat dah!!!!!!!!!!!!!

aish! seharian menunggu blog ni pulih seperti sediakala..kenapa kena upgrade? apa yang diorang upgrade? erm aku pun xtau..

sebenarnya kan, aku bukan nak cakap apa pun kat sini, xde yang istimewa pun pasal aku ni.
Asyik Syok Sendiri Je Dalam Ni 
cuma aku nak citer kesedihan aku ari ni, pasal exam International Trade and Financing tu, aku xtau apa yang aku jawab. 41 markah aku tinggalkan kosong, xterkira lagi yang aku dah jawab tapi salah, xtermasuk lagi yang aku meraban tu..
Haish!!!!!!!!!!!!! apa nak jadi dengan aku ni???????????

baru jer mangharapkan exam ni boleh cover exam yang lepas, tapi memandang kan cara aku jawab tu macam tu, jangan kata bayangan A tp banyangan B pun xde. aku cuma harap, aku lulus jer, jangan la bagi Crispy repeat paper ni..susah kot... (amin)

Ya Allah,, takut la dengan paper tu. slact nya time exam aku tu xcantik. aku ada exam marketing 12hb, then 13 hb aku exam ni.. so aku xsempat nak revise semua tu.. aduhai...






tengah serabut2 dengan exam ni, lagi satu hal yang menjadi kerisauan aku, semester ni aku banyak defisit la.. dalam 4semester aku kat sini, ini first time aku minta duit dgn mak ayah aku.. hari tu 23 mac 2011 aku minta duit, dah fikir 10x sebelom call minta duit. first call ayah xangkat. then ayah call balik.

pada aku yang xberapa nak rapat dengan mak ayah, rasa malu untuk minta tolong diorang terutama dari segi kewangan. kawan2 ada cakap, time belajar la waktu sesuai untuk minta duit dgn ayah, ayah wajib tolong bg duit. bila dah keje nanti xkan nk minta tolong ayah lagi... tapi pada aku, yang bukan dari golongan berada, melihatkan kesusahan keluargaku, mengajar aku untuk berdikari semenjak dari sekolah rendah. keperitan hidup yang semakin tegar  sejak dari tingkatan 3 lebih mengajar aku untuk menjadikan pertolongan dr ayah adalah jalan yang terakhir. lagipun apa balasan yang aku bagi pada ayah untuk duit2 yang dia bagi tu? balasan result yang teruk ada lah..belajar xpernah bersungguh2, tapi bab duit laju jer ingat ayah..

hari tu ayah dah bagi RM300, aku ingat nak minta lagi RM100 untuk cover duit tiket balik dan duit makan yang mungkin ada lagi 2minggu kat sini. tapi bila fikir2 balik macam xperlu mintak jer. guna je duit simpanan aku lagi seratus tu.


 sedey, semester ni xsempat nak simpan duit dekat ASB,
pas tu susahkan ayah plak..
ampunkan anaknda sebab menyusahkan ayahanda...
sem depan aku kena gandakan simpanan dekat ASB 
sebab nak ganti untuk semester ni punya simpanan....
(T_T)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...