Friday, December 13, 2019

Set The Target

Seperti tajuk di atas.....
Crispy rasa, crispy dah jauh tersasar. Mungkin dh makin leka dengan keadaan sekeliling.

Apa dah jadi sekarang?
Hehehehehe... Apa yang crispy mampu jawab, tinggal kan orang yang hanya mempergunakan. Mungkin kite hanya persinggahan untuk dia.

Apa yang buat kan crispy untuk sambung menulis ni, sebab semalam.. Ketua tempat kerja crispy mula menegur. "Kenapa sekarang macam lain, dulu x macam ni"
Crispy merenung sejenak... Crispy makin leka mencari cinta, makin mengejar sebuah perkahwinan. Mungkin crispy kena set target balik...

Apa target yang crispy letak?
Pasal kerja, crispy ok je. Xnk set tinggi sangat. Kata orang tua... Perempuan level tinggi2 susah dapat lelaki, sebab lelaki takut nk dekat. Jadi, crispy biasa2 je hal kerja. Cuma sekarang, crispy rasa, crispy xleh fokus pada cinta. Crispy nak set balik niat nak buat backpackers tu... Hari tu dah start dengan zizan, tapi terbengkalai jugak, sebab nye, sibuk kejar cinta. hik hik hik....

Sekarang, crispy baru servey tempat untuk crispy travel tu... Ingat nak buat dalam malaysia je. Boleh bajet betul2. Nak habis kan tempat2 di kuala lumpur dan selangor dulu. Yang mana best, crispy update sini...



Tuesday, November 6, 2018

Dimana kejujuran dalam hubungan?

Hi, dah lama betul tak update blog. Crispy masih mencari bahan untuk dijadikan cerita.

Hari ni, rasa macam nk update kisah crispy dengan si dia. kisah terjadi kemarin, bila dia betul2 tak puas haty dengan crispy. Dia kata crispy selidik cerita dia dengan seorang perempuan yg mana crispy gelarkan si Z. Sedikit intro pasal si Z.

 Dia ni kata orang, lecturer di sebuah university, pakai sebuah MPV, dan badan agak solid. Dari kaca mata crispy, orang nye biasa2 je, kalau nk compare dengan ex dia dulu, ex dia lagi lawa. Dia mula join grup kami untuk hiking ke bukit gasing, PJ. Nak dijadikan cerita, dalam grup mereka mengusik dan mula bergurau dalam grup.

Dulu, kata dia, "kalau betul, ada pape, baik dia pm je, xpayah nk buat dalam grup" dan sekarang, dia buat apa yang dia cakap. Memang dia pm. Mulanya crispy buat tak kisah, tapi bila trip by trip, semua trip yang dia ada, si Z ni mesti ikut, dan kalau dia lipak trip, dan dan si Z pun akan lipak. Dan kat situ la, crispy mula trigger. 1per 1 cerita crispy dapat. Yes, cerita yang crispy dapat tu semuanya dari orang yang boleh dipercayai, sebab bila crispy issue kan peristiwa2 yang crispy dapat tu, semua reaction dia macam terkejut, mesti dia fikir mana crispy dapat cerita ni.

Kat sini lah kemuncak cerita kami, bila dia mula buat luahan haty pada seseorang. Dan orang tu telah menyampai nyampai kan cerita dan main petik nama je. Lebih teruk, sebab dalan penyampaian itu, di katakan, crispy la punca yang memburukkan nama grup tu. Sedih memang sedih, hanya semata crispy x nyatakan nama si pemberi maklumat, terus jd cerita, crispy bawa mulut kata team tu duk membawang hal dia dengan si Z. Padahal crispy x sebuut nama sesapa pun. Memang gaya crispy, crispy bukan jenis suka2 petik nama orang, lagi2 orang yang cuba selamat kan crispy dari diperbodoh kan.

Part yang paling pedih dan mengecewakan, bila dia bercerita kat orang,
Yang crispy terhegeh2 pada dia, Dan crispy obses dengan dia. Macam tu dia nilai crispy, sedangkan tindakan crispy cuma untuk membela diri dari diperbodoh kan dan di permainkan. Crispy dah sms perempuan tu, dengan niat, perempuan tu tau, yg kami masih dlm hubungan, tapi selepas dapat sms tu pun, mereka masih berhubungan. Si X bagitau crispy, mungkin, si Z pun jugak diperbodoh kan oleh dia, sebab tu si Z masih terus kan dengan dia. Crispy fikir, mungkin jugak, sebab dia da sebarkan cerita kata crispy yg terhegeh2 kat dia, Dan crispy yang obses pada dia. Mungkin sebab tu, si Z x hirau kan sms crispy.

Crispy dah buat sesuatu yang crispy sendiri xsanggup dan xrela. Mengungkit!!! Ye, crispy utarakan 1soalan, "apa yg awk ada, yang jadi kepentingan pada saya utk sy obses pada awk"
Ye, crispy ucap soalan tu sambil mengalir air mata.. Crispy x bermaksud nak hina dia tapi, crispy cuma nk utarakan, apa yg ,crispy boleh jd obses pada dia tu.. Sedih sebab dia mungkin akan kecik haty dan rasa dihina.

Pada ketika ni, kepercayaan crispy pada dia, dah 0%. Dia sanggup pijak maruah crispy, bercerita pada orang macam tu, sedangkan crispy xpernah buka aib atau kelemahan dan kekurangan dia. Dan crispy makin percaya yang dia sendiri memang tengah obses untuk dapatkan perempuan lecturer tu sampai sanggup buat statement macam tu.

Cukup, lah crispy dengar dia selalu lunch sama2. Dia x jujur dengan crispy, walau pun dia cakap dia sayangkan crispy. Pada crispy, kalau dia jujur dengan diri sendiri, jujur dengan crispy, hal macam ni xkan berlaku. Dan pada dia, dia x salah, yang salah adalah orang yg bawa mulut. Pendapat dari haty kecil crispy, "kalau kau x buat, orang xkan cakap" 
Pada dia pulak, dia xsalah sebab dia xpandai dalam hal2 macam ni.. Dari dulu, dia selalu cakap kat crispy, xpandai tu belajar la, tp bila datang hal macam ni, dia xleh belajar. 

Sekarang, dia kata dia lepaskan crispy, ,tapi yang pelik crispy langsung xrasa sedih. Xde rasa nak menangis, cuma crispy rindu. Crispy rindu lelaki yang curi haty crispy dulu. Yang cukup jujur dengan crispy, suka bercerita dengan crispy. Crispy dah cukup kecewa kerana dia lelaki yang bukan saja x setia, x jujur, malah dah pijak maruah crispy sebagai seorang perempuan, dengan bercerita kat orang yang crispy ni obses dan terhegeh2 kat dia... 



Tuhan saja yang tau isi haty ko, tapi aq xtau... Aq xtau apa yang ko kejar kan, aq xtau apa yg ko ingin kan...

Monday, July 9, 2018

Kenapa Cintakan Saya?

Fuuuhhh lama dah tak update blog. Bukan apa, tapi takde idea nak update berkenaan apa. Haaaa hari ni baru crispy dapat tajuk.

Bukan apa, crispy tak tau la nak admit macam mana. Dia pernah tanya crispy, kenapa, apa yang buat kan crispy pilih dia, sayang kan dia.. Dan crispy tak dapat nak jawab soalan tu.

Tak tau macam mana nak mulakan. Tapi hari ni, apa yang jd pada crispy, menjawab soalan kat atas. Crispy tak ada specific reason kenapa crispy pilih dia untuk disayangi. Dan crispy ngaku, crispy dah start cintakan dia. Tapi tau tak???? Takde sebab yang tepat pun kenapa dia? Crispy suka dia, Tuhan dah lorong kan haty crispy, bukakan mata crispy untuk tengok dia, untuk nampak dia yg istimewa di haty.

Namun begitu, crispy kena sentiasa standby, bersedia untuk kehilangan dia. Dia x pernah nyatakan secara terbuka, apa perasaan dia pada crispy. Cuma, pada 26/5/2018, dia pernah nyatakan kat crispy, dia sayang kan crispy, tp dia x cintakan crispy. Dan dia tak nak kehilangan crispy. Walau pun crispy sendiri tak faham apa maksud dia, tapi crispy ikut je jalan yang dah dibentangkan Tuhan. Tak pernah terfikir untuk berundur atau memaksa dia bersama crispy lepas dia bg ayat2 tu.

2 3 hari ni, banyak sangat berlaku, kami gaduh. Bila crispy bergurau, dia ingat crispy betul2 sindir dia, bila dia gurau, crispy pulak yang x faham. Seolah2 cara kami bergurau tu dh xsama macam dulu. Kami tak dapat apa yg kami nk sampai kan. Dan malam tu, memang dia marah betul, sampai crispy terkejut dengan perubahan dia.

Esok nye, kami dah ok, tiba2 pulak isu hal grup pulak. Ye dia memang macam tu. Tapi kenapa dgn perempuan tu je. Dengan perempuan tu, dia boley nak sweet2, bergurau tu crispy x marah sangat la.. Tapi, bila perempuan tu start panggil dia "sayang" berderau darah rasa cemburu. Sebab crispy pernah ternampak chat perempuan tu dalam wassap dia. Itu yang buat crispy fikir bukan2.

Mau nya x pikir... Dulu, sebelom crispy jatuh sayang, corak perkenalan yang sama jugak antara kami. Kalau daripada kawan boley jd syg, skarang crispy perlu rasa takut utk kehilangan la... Crispy da bagi hint yg crispy cemburu, tp mungkin pd dia, itu perkara kecik, sbb dia x endah kan pun. Apa yg buat meletop lg, bila crispy tolak dia untuk on trek sama2.

Ye, bukan sebab tak nak on trek, tp x sanggup nk tengok dia dengan perempuan tu. Crispy xtau sejauh mana, tapi crispy tak nak terlalu positif, sebb kalau crispy layan kan je dan anggap tu xde pape... Kalau suatu hari, apa yg crispy sangka tu xde, tetiba ada... Yg kecewa tu crispy, yg sakit tu crispy. Demi menjaga haty diri sendiri, akhirnya dia buat keputusan untuk, tak on trek dgn crispy lg lepas ni. Crispy terpksa terima, sebab dia memang degil orang nye..,kalau itu lah kata nya, itu lah keputusannya.

Dia ada nyatakan, dia da mula bosan dengan crispy, sbb crispy da x macam dulu. Ye...,ini,lah 1 ayat yang betul2 memgguris haty.masa ni macam2 da fikir. Mungkin perempuan tu da mampu ganti tmpat crispy yg dulu.

Sebab tu lah, crispy xde specific reason, kenapa crispy suka dia, dan dengan segala perubahan perangai dia, crispy xpernah terlintas untuk rasa bosan, menyampah,xsuka apatah lg benci pada dia. Crispy akan terus sayang kan dia, walau mcm mana sekali pun perubahan tu... Dulu sweet, ckp pun berlembut, dan berlapik, mlam tu terus ganas menyinga, tapi crispy masih terima. Syg masih sama, Dan crispy masih cinta. Skrg crispy fikir, mungkin dia cuma sayang kan crispy yg dulu, sebelom timbul perasaan cemburu dan kecik aty.

Crispy xtau sejauh mana kami akan bersama. Ye, crispy perlukan dia untuk lengkap kan kekurangan crispy, tapi crispy akan berhenti melangkah bila dia xperlukan crispy lg.

Mungkin reader boleh fikir balik..betul x apa yg crispy buat? Atau cinta tu perlukan sebab/faktor untuk mencintai dan dicintai?

Tuesday, February 27, 2018

OsTricH FaRm - PD

10/2/2018

Dah lama giler tak jumpa Zizan, tak semena2 zizan ada hubungi balik melalui whatsapp.
Dia mungkin dah lupa siapa crispy, sebab dari cara dia whatsapp tu, cuma berawak saya, dan masih cuba mencari siapa crispy.

Akhirnya, nk dijadikan cerita, temu janji di tetap kan. Crispy keluar dengan gaya yang agak simple. Bila bertemu, ada timbul rasa janggal. Lelaki yang dahulunya aku pernah mesra, lelaki yang dahulunya aku pernah bergelak ketawa, lelaki yang dahulunya banyak mengajar erti sabar dalam dunia pendakian, tetiba sahaja jumpa seolah2 baru kenal semalam.

Untuk mengimbau semula kenangan, kami menetapkan untuk keluar bercuti, lari dari kesibukan kota. Berbekal kan cuti tahunan yang masih bersisa, crispy setuju. Pada 10 february 2018, dia menjemput crispy dari rumah, dan terus memandu kereta ke Port Dickson.

Lebih kurang 2jam perjalanan, kami sampai ke destinasi yang dituju : Ostrich farm

Crispy ingat kan, cuma ada ostrich je kat sana, rupanya ada lagi binatang laen, seperti kucing, arnab, lembu, keldai, unta dan lain-lain. Memang best, tapi agak kecewa sebab crispy lepaskan peluang untuk tunggang ostrich (burung unta). Itu sebab zizan dah mula pengaruh crispy dengan andaian2 yang agak menakutkan.

Dah pusing 1 taman, hari pun panas, kami terus bergerak ke pantai. Cari port makan. Sebelom makan, sempat lagi ke pantai ushar mat mat pancing memancing ikan. Lama jugak kami lepak di pantai, sempat menunggu matahari terbenam. Selepas sesi bergambar, kami bergerak ke kenny rogers, dan bersedia untuk makan malam.










Selepas makan malam, kami bergerak balik ke kuala lumpur..

Tak tau sejauh mana dia akan bersama crispy, sebab crispy tau, dia agak sibuk sebagai guide gunung. Jadi, lepas antar balik rumah dia pun memulakan khidupan dia yang sibuk tu macam biasa... Dan crispy, masih meneruskan hdup macam biasa.

Tuesday, December 19, 2017

Adik dah, kakak bila?

Aduiiii... Kalau tengok tajuk mesti dah boleh agak... Apa kisah.. Kan..
Ye... Kahwin... Sekarang ni lagi bermasalah..sebab adik dah kahwin dulu dari kakak.. Orang panggil langkah bendul..

Wey, tobat seram dengar soalan, bila kakak nye nak kawin? Umpama di tanya, bila kakak nye nak meninggal? Yelah, jodoh tu dah tertulis, dan itu kan rahsia Allah..apa lagi crispy nak jawab kalau crispy sendiri tak ada jawapan tu..

Hari tu masa majlis, ada makcik tanya kan crispy soalan ni, crispy cakap,crispy tak ada sesiapa lagi..kalau ada rekemen la.. Sekali dia sambung, ko betul nak aq cari ni? Aq cari betul2 kang.. Terus aq senyum kelat.. Menjawab kang kata tak hormat pulak.. Dan sesudah nye, crispy di cop memilih..

Maka selepas majlis ini, makin susah lah untuk crispy balik ke kampung.. Alasan?? Sebab nak mengelak dari soalan2 sebegini rupa.. Apa pun, crispy nak belanja gambar sepanjang majlis kahwin adik tu...







Dan disini saja... Jodoh crispy masih belom kelihatan..masih menunggu..kalau xde di dunia, in shaa allah, di jannah sana...

Tuesday, July 25, 2017

ImPiAn TerHaLAnGg

Hari ini, sudah 25/7/2017, dan crispy rasa crispy dah menghampiri umur 30an..
Hmm, walau pun diri ni duk perasan muda je selalu, tapi sentiasa sedar yang makin lama makin cepat masa berlalu dan makin cepat umur menghampiri 30. Well, bak kata en nurul, life begin at 40..hahaha.. Tp bila dah masuk 40, crispy rasa crispy kena ada target baru..
Dan apa target tu??? Ni dia --->

Tapi xde pasangan lagi.. Macam mana???? Hah? Adni? Cukup2 lah bazir kan masa untuk dia, haty ni berkata yang dia xkan berubah..jadi, gantikan pasangan tu dengan mak ayah, sementara mereka masih ada.

Sebut pasal mak ayah, mak dan adik2 selalu merungut mintak crispy beli kereta.. Tapi apa kan daya, rekod ccris dah xcantik. Tu pun sebab adni jugak, pinjam duit aq x reti bayar. Rekod ccris dah xcantik, jd berangan je la nak pakai kereta.

Memang haty teringin nak pergi apply untuk kereta baru 1, tapi, apakan daya.... Komitment sekarang dh cukup tinggi, xlepas kalau crispy amik kereta. Sekarang balance duit gaji tinggal brapa je lepas tolak hutang, jadi kalau amik kereta,rasanya parah dan nanty xde duit belanja gara2 kereta.

Memang teringin bila tengok kawan2 pandu kereta sendiri..sedangkan aq, masih menunggang motorsikal. Kalau ikut haty, crispy nk apply Ford fiesta, tp dh tau xlepas, bulanan 800, maintenance lg nk kena simpan..nanty duit hbs xcukup gitu je..

Jadi, buat masa sekarang...sabar dulu lah..niat nk beli kereta tu, tangguh kan dulu la kjap..




Aduiiii stressssssss... Entah bila la boleh pakai kereta ni... Permudahkan lah ya allah..

Monday, May 22, 2017

DiNner PaLiNg SeLeKeh

Crispy dah lama x menulis dekat blog...
Bukan dah x minat menulis, tapi sebab tiada data... Crispy terpaksa limitkan kehendak haty nak menulis...

Ok... Berkenaan dengan tajuk...

Baru-baru ni, crispy dapat jemputan untuk makan malam.. Hehe bukan yang special pun..
Company punya event je... Makan malam di sebuah hotel kat OU. Tempat tu pun x berapa nak tau sebab crispy kat key el x de la jejalan sangat.
Disebab kan crispy xtau jalan, jd, crispy pergi sana tumpang kawan2 je. Diorg pun ok je, buat carpool.. Tapi carpool pun, crispy xde bayar pun duit parking dan minyak.. Betul2 menumpang!!!  Hahahhaha

Ok. Nak cerita hal dinner tersebut, dari zaman belajar... Bila sebut dinner je, memang excited habis. Masa tu la nak melaram, pakai cantik2. Sanggup beli dress, skirt ke accessory yg boleh bagi blink2 kat kita supaya nampak menyerlah.. Tapi tidak kali ni. Mungkin kah faktor usia???

Yelah, sekarang dah umur 27, rasa macam x kejar apa2 lagi dah.. Jadi, hasil dari itu, crispy cuma pakai t-shirt, jeans, dan jaket. Tambah lagi yang mencacat kan pemandangan, crispy pakai porch bag lagi di pinggang. Nampak sangat buruk. Tapi apa aku kisah.. Crispy bedal je.. Hahhaha.. Sebab tu crispy cakap makan malam yang paling selekeh...





Sunday, December 18, 2016

AzaM 2017

baru-baru ni, aq bersembang dengan family (means adik adik dan mak ) dalam group wassap..

menyebabkan aq berfikir....apa azam aq untuk 2017. tahun ni pun aq jarang2 sekali je update blog. so tahun 2017 jangan azam selalu update blog...

mereka bercerita tentang jodoh...

aq yang masih kesepian...tanpa teman yang betul2 serious dalam menjadikan aq suri hati nya...menyebabkan aq berfikir sejenak... yelah...apa akan jadi pada aq nanty?

Memang betul.. walau macam mana kita merancang, semua dah ditentukan oleh Tuhan. tapi aq xboley 100%  berserah dan pasrah...aq pun kena ada 1 tiang yang boleh menjamin aq nanty...tetiba aq rasa.. aq nak mengerjakan umrah...tapi ada masalah dengan mahram nye...

kenapa UMRAH? sebab masih muda dan kuat...aq masih larat nak mengerjakan umrah. tapi masalah pada aq, sebab aq xde mahram... boleh jugak kalau aq nak ajak orang tua aq sebagai mahram kan? (kalau xsilap) tapi masalah bajet.. kalau dalam masa setahun ni memang tak larat la nak bajet untuk 3orang... some more... ada konflik sikit antara mak dan ayah...

jadi nak fair dan square.. so aq pilih jalan tengah... tangguhkan dulu.. jadi tengah bincang2 pasal adik aq yang bakal mendirikan rumah tangga tu, tetiba2 aq terfikir bagaimana nanty bila aq dah tua????? apa nasib aq???

jadi nak tak nak..aq akan sambung azam tahun 2013,2014,2015 dan 2016.. cari duit... kalau dulu aq cari duit sebab aq nak beli kereta idaman...

tapi.............
aq selalu dengar rintihan kawan2... sejak mereka ada kereta... banyak kena keluarkan duit untuk maintenance... so hati dah berbelah bahagi..

jadi, lebih senang... aq azam je nak kumpul duit untuk sara aq duk umah orang tua-tua nanty..sebab xde anak.

walaupun bunyi macam kelakar... tapi bila ada duit nanty... banyak lah hal yang akan timbul untuk beli itu dan ini..kan... so xde masalah... itu lah azam aq...


Wednesday, September 30, 2015

~ AkHirNya BeRakHiR SudAh~

hye hye hye... hari ni adalah hari kedua... hari kedua untuk crispy hidup sebagai single. selepas 3 tahun bersama, akhirnya, ini kisah pengakhiran cinta yang crispy semai.

3 tahun mungkin pada orang laen, atau kamu sendiri merasakan ia nya waktu yang singkat. Tapi pada crispy, 3 tahun merupakan masa yang paling lama crispy mampu bertahan dengan seseorang bergelar kekasih. Untuk orang yang paling mendalam cintanya adalah terhadap Hafiz, untuk dia, crispy memang bermati - matian cuba bertahan. Bila Gaduh, minta PUTUS. dan bila seseorang mula rindu, jadi dia atau crispy sendiri akan mesej (zaman dulu xde wasap lg) dulu. minta maaf dan mengatakan tak mampu untuk hdup sendiri tanpa diri dia. Dan untuk dia yang sesama memang menyayangi, pun akan turut memafkan dan kami akan bersama semula.

crispy akui, kami selalu bertikam lidah dan kerap bergaduh. dan pergaduhan tu takkan bertahan lama. selalunya paling lama pun mungkin dalam seminggu. selepas seminggu kami akan baek balik. sampai lah 1 masa, kami bertingkah dan crispy betul - betul merasakan untuk tidak ada peluang yang kami akan berbaek semula. setiap malam crispy menangis teringatkan dia, SMS call semua dia xjawab. Crispy rasa betul - betul hilang tempat bergantung. rasa hilang sebelah tangan. Crispy tunggu dan tunggu dan tunggu, selepas seminggu masih sama, masih xbaek, dan crispy tak lalu makan pun sebab teringat kan Hafiz... akhirnya.. crispy putus harapan bila dapat berita yang dia akan bertunang.  Sedih tak terkira... angan-angan retak seribu.

DULU : Crispy pernah cakap pada dia, Tak Akan Ada Orang boleh Gantikan tempat dia.
SEKARANG : betul !!!! crispy masih simpan sedikit perasaan sayang tu untuk dia

selepas 2 tahun pemergian Hafiz... crispy sudah pun berkenalan dan nekad untuk bersama dengan seorang lelaki bernama Adni... crispy lepaskan semua lelaki yang tak sehaluan, crispy pilih dia. MOHAMED ADNI BIN MOHAMED AMIR... terlalu kuat cabaran yang crispy terima dari lelaki bernama Mohamed Adni bin Mohamed Amir. Crispy xpernah menyangkakan yang crispy akan bertahan dengan dia. walau dah cuba lari dari dia berkali - kali, tapi crispy cukup lembut haty untuk terima dia semula.

pada crispy, sekali menyayangi dan nekad untuk bersama, crispy akan cuba sebaik mungkin untuk menerima dan apa yang tak kena crispy akan cuba untuk bentuk supaya beralih ke landasan yang betul. selama 3 tahun sedikit demi sedikit dia berubah, dengan bantuan tambahan, Alhamdulillah, dia jadi lelaki yang lebih baek dari 3tahun lepas yang crispy kenal...

Alhamdulillah, crispy boleh terima dan salah silap sikit - sikit crispy masih boleh memaafkan. yelah, kekadang crispy pun ada buat salah. apa yang crispy geram dan nak marah... baru - baru ni crispy perasan, dia sangat mudah buat salah dan sangat mudah untuk minta maaf. crispy keliru, adakah sebab crispy terlalu mudah untuk memaafkan dan menyebab kan dia senang untuk meminta maaf dan mengulang silap yang sama?

lagi pun crispy nampak... percintaan ni cuma hanya banyak merancang, tapi kami xkuat dari segi kewangan. crispy xmemilih untuk dapatkan seorang lelaki. tak pernah berangan pun untuk dapat lelaki kaya ke apa, tapi crispy suka kalau lelaki tu boleh fikir dan cuba untuk memperkukuhkan kedudukan dari segi kewangan walau pun xbanyak.

crispy cuba bagi situasi pada dia supaya dia faham... tapi entah bagaimana, dalam contoh yang crispy bagi pada dia... dia masih xmemahami dan mengulangi silap yang sama... crispy dah xboleh sabar dan mintak untuk menamatkan perhubungan ni... crispy SANGKA... dia akan menolak dan cuba untuk berubah... tapi crispy silap.. dia boleh kata baek! dia akn ikut kemahuan crispy dan jangan cari dia lagi...

terlajak perahu boleh diundur... tapi terlajak kata... (bagi orang yang x memahami mcm ni) dah xleh nak buat apa dah. crispy dalam tempoh berkabung... xtau sampai bila hidup crispy mcm ni.. hubungan xpernah kekal lama. paling lama 3 tahun. Lepas ni dugaan apalagi bakal crispy tempuh???!!!





Sampai sini dulu... tunggu apa lah azab atau ujian yg bakal mendatang ni

Wednesday, September 2, 2015

RinDu BelOm BeRakHir

Semalam... 1/9/2015... crispy dah letak notis dekat Kak Haidah. kak haidah mintak crispy fikir dulu.. tapi xpelah, crispy terpaksa letak. crispy dah malu dengan junior - junior, crispy adalah agent pertama yang dipanjang kan tempoh contract sampai tahun ke 3. Lagi pun tempat tu dah tak stabil, tahun depan dah mula offer utk VSS.

tak per tinggalkan yang tu.

Hari ni bergaduh dengan Adni Amir. apa tak nya, crispy penat - penat balik keje berkejar beli nasi untuk dia, dah hantar kat rumah dia, dia boleh plak keluar dengan member dia. crispy tak tau lah dia pergi jumpa dengan betina mana, indon jalang mana yang dia pergi layan. crispy dah tawar hati, dah takde perasaan lagi dah dengan lelaki gila ni.

Crispy, bila dah part-part macam ni, mula lah crispy teringat kan hafiz. crispy tau crispy takkan jumpa lelaki sebaik dan sebagus dia. pas tu buka-buka facebook, ada plak orang share lagu OST Cinta Paling Agung. bila dah layan lagu tu, tang chorus tu, crispy boleh nangis.

Semenjak awal lagi 
Bila ku mengenalimu 
Dunia ini serasa 
Cuma dalam genggamanku 

Ramai yang datang menduga 
Namun tak sama denganmu 
Aku percayalah
Biar pun remuk di hati 
Akan aku rawat sendiri 
Kerana kau aku rela 
www.nurfuzie.com
Mengapa aku yang tidak setia 
Mengapa akukah yang berdosa 
Mengapa aku mudah terlupa 
Janji-janji kita kali pertama 

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu 
Itulah kesilapanku 
Belum terlewat lagi 
Itu kata darimu mudah 
Memang begitu indah 

Mengapa aku yang tidak setia 
Mengapa akukah yang berdosa 
Mengapa aku mudah terlupa 
Janji-janji kita kali pertama 

Musuh tak kenal 
Jangan diikut tinggalkan dia
 Mengapa aku masih kau goda
 Masih kau goda 
nurfuzie
Mengapa aku yang tidak setia 
Mengapa akukah yang berdosa 
Mengapa aku mudah terlupa
 Janji-janji kita kali pertama 
 
tak tau setiap kali dia ulang ayat ni, crispy teringat Hafiz. terutama bila Adni buat crispy macam ni, lagi lah crispy akan fikir, kenapa dulu crispy tak setia? kenapa dulu crispy buat salah dan berdosa dengan hafiz sebab dah khianati dia, mengapa crispy lupa janji-janji dan ikrar cinta yang crispy pernah lafazkan pada Hafiz?
Yer!!! Tuhan mempunyai perancangan lagi bagus untuk crispy. tapi menemukan crispy dengan Adni, Crispy tak rasa ini adalah perancangan yang bagus. Badan tidak seliat mana untuk tahan segala kemarahan dan penangan yang mendatang. Crispy dah betul-betul tawar hati, dan kalau boleh Crispy nak bersama lelaki seperti Hafiz. Dia cukup sempurna. dan Crispy betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi dulu
tengah belek-belek godek-godek laptop, terjumpa sekeping miliknya
ni semua gambar lama, masa masih bahagia dengan Hafiz.  seyes!!!! crispy sangat rindukan dia sekarang. kalau lah boleh ku undur kembali masa2 dulu, crispy nak betul kan semula salah crispy pada dia. supaya hubungan tu tak berakhir.....
Saya Masih tinggal kan sedikit sayang dan rindu untuk abang...
Hari keempat kita tidak berhubung selepas pergaduhan besar tu, saya betul-betul sepi tanpa abg, 10hari tak menyentuh sebiji nasi pun, masih sy teringat sampai hari ni.

Kalau lah semua ni boleh di betulkan................

Friday, May 29, 2015

Petunjuk ATAU Takdir

hari ni antara hari yang sukar bagi crispy. Ye lah semalam bergaduh dengan Adni. yang membuat kan crispy bengang dengan dia tu, dia boleh diam xbalas mesej crispy yang tengah angin dengan dia. dia diam sampai lah ke hari ni.. penat aq nangis malam tadi sebab nak marah kan dia. alih-alih hari ni dia boleh gi bersuka ria kat Melaka dengan budak2 menembak tu lah. nanty balik... pasti akan ada lagi hal yang boleh menyebab kan kes cerai berai antara laki bini. itu lah yang selalu jadi bila dia ke Melaka.

argh!!! tinggalkan Adni yang tengah meroyan bersuka ria dekat Melaka tuh. crispy nak citer pasal crispy. ari ni tetiba Team Leader crispy panggil untuk jumpa dengan Unit Head. jantung berdebar-debar rasa nak gugur bila Team Leader kata nk review crispy kat tempat kerja. sebab dalam fikiran crispy cuma ada 2 result, sama ada permenant atau terminate. bila dah masuk ke bilik Section Head untuk berbincang, terkejut dengar kata-kata dari Unit Head, mengatakan Big Boss dah approved kan result crispy untuk permenant.
crispy rasa nak sujud syukur kat situ jugak. tapi tetiba teringat kan lagi 1 tempat.

crispy terfikir, setelah 2 tahun crispy dekat call center tu bru hari ni mereka nampak effort crispy kat sana untuk permenant. dan, mampu ke crispy nak lalui hari-hari yang mendatang untuk menghadap cross sale sebanyak 40-50 sale sebulan. bulan-bulan biasa pun crispy cuma mampu capai 20 lebih jer, ini nak dapatkan 40-50 sale sebulan.. mana nak dapat???? crispy memang xpandai dalam membuat sale, dan sebenarnya semua yang crispy dapat untuk bulan ni adalah rezeki dan nasib sahaja. kalau bulan depan crispy xdapat capai sepertimana yang crispy dapat bulan ni, pasti akan di persoalkan.. lepas orang dah permenant kan awk, awk xnak buat sale pulak???? itu yang crispy tengah fikir sekarang.

bila dia dah review, dan dah bagi keputusan, crispy teringat yang crispy ada walk interview kemarin. aduih... lagi 1 hal nih... seperti yang disangka, habis je shift, crispy tengok pada tefon, ada 2x misscall dari no tefon office. crispy biarkan tanpa call balik. dan bila sampai rumah, orang tu call crispy balik. company yang crispy pergi walk interview tu panggil untuk interview kedua. crispy takut, company ni akan amik crispy. dan crispy takut macam mana nak hadapi management kat tempat sekarang? apa alasan nak bagi? lagi pun kalau dapat tempat baru ni.. crispy boleh pindah, jauh dari Adni Amir, duk jauh dari dia dan xkan jumpa dia lagi.

lagi pun tempat baru, crispy akan belajar balik dari bawah, dan akan mulakan career yang baru walaupun dalam bidang yang sama. crispy xnak bajet dalam 2thun. crispy bajet untuk setahun jer, bila dah permenant crispy nk buat career moved then pergi ke department admin atau processing unit. crispy nak belajar lagi banyak dalam bidang yang crispy dah ceburi ni. cuma crispy xtau macam mana nak hadapi situasi ni. apa nak cakap dengan management sekarang?

lagi satu hal, tempat yang sekarang ni, xde tempat makan, 100% bergantung pda jualan nasi dari budak2 floor atau pun kalau dah habis, xde hidangan laen, melainkan KFC. dulu Jakun, xpernah masuk KFC, sejak belajar kat universiti baru mula kenal KFC. Hafiz panggil KFC ni rumah orang tua. bila dah keje sini, hari2 KFC, bdan pun dah naik berisi. susah nya nak turun balik macam dulu.

nak tengok?????


badan dah naik 2x ganda dari dulu.


xmampu crispy nak tunjuk original saiz, sebab tu tunjuk sampai bontot jer... badan dah xberapa nak fit. banyak baju dah xberapa nak padan.
akibat kerja duduk macam ni, akhirnya, bdan dah macam gajah!!!!

TENSION TENSION TENSION

sekarang ni apa nak jadi?????? apa pilihan yang patut crispy buat? patut ke crispy pergi second interview kat sana?
member ramai kata gaji increment kat sana murah
tapi baek murah dari kena warning letter tiap2 bulan... betul x?

crispy xtau mana satu arah tuju yang tuhan nak tunjuk kat crispy ni

Sunday, May 24, 2015

Teringin

kenapalah, 2 3 hari ni crispy rasa macam selalu nak menulis jer.. huhuhu xde kerja nak buat, update blog lah... walaupun crispy tahu, sapa yang baca mesti bosan sebab semua pasal hidup crispy jer... memang lah! nama pun blog crispy. sapa tak nak tahu pasal crispy, crispy xkisah, sebab sekarang blog ni pun dah jadi macam tempat luahan ketidak puasan hati jer.

Dimalam yang sunyi ni, (xsunyi sangat pun, duk dengar lagu TOKI - Hampa) tiba-tiba terdetik di hati untuk ulangi semula saat-saat manis bersama Hafiz dulu. selalu sangat bila buka FB Idah Azimi, nampak dia online dekat mobile, hati teringin nak tegur, tapi dah tahu, dia tak kan membalas sapaan ku.. cukup lah tengok profile picture dia dengan Istri dia.

kalau lah masa boleh di rewind, crispy nak betulkan kesalahan crispy pada dia, disebab kan pengalaman cinta bersama dia lah yang mengajar crispy erti kesetiaan, batas-batas dalam percintaan. crispy mula belajar memahami dan menerima apa yang pasangan suka dan xsuka. memang susah nak terima dan belajar apa yang pasangan kita xsuka, tapi kena terima demi kebahagiaan yang bakal dikecapi.

crispy teringat semasa kami bercinta, semasa crispy di melaka, dia di Port Klang. jumpa buah hati pengarang jantung tu beberapa bulan sekali jer. sama ada crispy naik Klang masa cuti umum (xbalik kg) atau pun jumpa kat Kelantan. walaupun crispy bercinta jarak jauh, tapi crispy mampu dan boleh percayakan dia sepenuhnya.
kerana dari awal perkenalan, dia xpernah curang, xpernah menipu dan kejujuran selalu ada dalam hubungan. sebab tu lah walau kami berjauhan, sifat percaya antara 1 sama laen tu ada.

bila lama-lama sekali baru jumpa, crispy boleh rasakan Ya Allah, betapa aq merindui lelaki ini, masa jumpa dia dekat terminal bas, kami salam sambil tersenyum, dia pikul kan bag crispy dan bawa crispy ke kereta. manisnya saat crispy tatap muka dia, boleh nampak macam mana dia gembira jumpa crispy dan boleh nampak semua masalah dia hilang seketika masa kami bersama.

laen pula jadinya masa nak berpisah. saat dia nak belikan tiket untuk crispy balik melaka, selalu sangat delay dan tangguh-tangguh, sebab xnak crispy balik. macam-macam masalah yang dibuat nya, dan saat dah dapat tiket untuk balik ke melaka, seharian dia akan bersama crispy, luangkan masa, makan sesama, gi jalan-jalan amik angin, sampai lah waktunya untuk crispy bertolak naik bas balik melaka.

yang paling best sekali part nak naik bas, masa tengah tunggu bas tu, masing-masing diam layan perasaan, bila bas dah datang, tiba masa nak naik bas, dia angkatkan beg letak tempat luggage dan mula salam perpisahan nak naik bas. saat tersentuh jari jemari dia masa bersalam, masa tu PASTI air mata crispy akan mengalir xsanggup nak berpisah. setiap kali perpisahan, bila salam MEMANG akan nangis. salam akan bertaut sampai lah pakcik bas suruh naik dah nak bertolak. dia akan tengok bas yang crispy naik sampai hilang dari pandangan mata dia. dalam bas plak akan terus SMS sampai crispy tertdo dalam bas. dan dia SANGAT PANTANG klu crispy naik bas duk sebelah lelaki. dia xkan benarkan crispy tidur, sebab takut apa-apa akan terjadi. walaupun kami masih muda, tapi nampak sangat, cara dia nak menjaga crispy.

apa yang paling best sepanjang hubungan ni, kami xpernah bergaduh KERANA PEREMPUAN LAEN. dia xpernah buat perangai dan kami xpernah ada masalah bergaduh disebab kan PEREMPUAN laen.
itu lah sebab sampai hari ni, crispy sangat2 kesal kehilangan dia.

walaupun dia dah berumah tangga, tapi crispy masih xboleh lupakan dia. Cinta terhadap dia, xpernah pudar. dia sahaja menjadi pujaan dari dulu. susah nak bandingkan dia dengan lelaki laen. sebab xpernah ada lelaki yang boleh tandingi dia. crispy sangat2 teringin untuk adanya lelaki seperti dia.. yang crispy boleh cintai dan boleh percayai...

Saturday, May 23, 2015

Hidup Terumbang - Ambing

kali ni crispy nk citer pasal hidup crispy sekarang ni...

kalau sebelum ni asyik mengelak dari panggilan seorang ibu yang selalu asyik dengan pujukan dan rayuan untuk crispy menikah, sekarang dah berapa lama ibu xmahu menelefon. mungkin sudah tahu, kalau mencuba telefon pun xboleh nak bercakap, sebab itu dia xde call sekarang ni

hidup sekarang makin resah, dengan keadaan kerja yang belum tentu permenant atau di terminate kan dari tempat kerja, dengan back up plan B nk cari kerja laen tak mendapat lagi menambah kan ketensionan crispy. tambah plak bila lelaki yang disayangi selalu buat onar dan tak mampu nk terima apa yang crispy tak suka, menyebab kan crispy lagi tambah tension. rambut pun dah banyak gugur kerana stress.

akibat bergaduh dengan lelaki yang disayangi tu, handphone note 2 crispy hancur dibaling ke dinding, itu lah antara perangai yang paling crispy xsuka tentang dia. memang betul dia kata nak ganti, tapi, crispy xsuka cara dia yang amik mudah nak rosak kan barang orang. nak tahu kenapa jadi begitu? sebab dia xpernah berusaha untuk dapatkan apa2 dengan titik peluh dia. apa yang dia nak ada jer yang sponsor. sebab tu dia xpernah kenal apa itu penghargaan. dia xtau nak menghargai usaha titik peluh orang kumpul duit beli handphone, dan senang2 dan dengan sesuka haty ko nk hancurkan barang hak crispy. ini bukan handphone pertama jadi macam ni, dah brapa banyak tefon rosak sebab dia. sepanjang hdup crispy, crispy sangat menjaga harta bende crispy, sebab semua nya dibeli dengan duit hasil keringat sendiri dan crispy sangat2 sangat susah nak tukar handphone baru walau pun handphone tu dah ketinggalan zaman, crispy boleh guna jugak, sebab itu crispy beli dengan hasil crispy sendiri. tapi dia??? dia xfaham...

sekali ni crispy dah niat... 1 je lagi barang crispy rosak sebab dia... tiada maaf bagi mu, dan memang xkan aku berpaling lagi untuk lelaki sepertimu. baran x bertempat, bertindak sesuka haty macam barang tu beli dgn daun jer. lepas ni.. rosak 1 barang je lagi... sorry... memang xde lagi peluang untuk kamu... walaupun kamu niat nak ganti.

ekoran dari handphone yang dah rosak ni, ini menguatkan lagi niat nak tinggalkan dia. crispy mencari kerja di tempat yang berjauhan dari dia. supaya crispy boleh hidup sendiri. supaya crispy xmengharapkan pertolongan dari dia. biarlah crispy tua xnikah pun xper, asalkan lelaki yang baran dan xboleh nk terima apa yang crispy xsuka ni TAK HIDUP bersama crispy. yelah, ko tak boleh terima apa yang aku xsuka? nk buat apa lg bersama? xkan aq nak tahan je perasaan nak marah aq pada kau, baek aq lepaskan kau.. betul x? dari pada menyakitkan ati jer.

crispy berharap sangat, Tuhan tunjukkan jalan  yang sepatutnya. kalau betul, dia cuma persinggahan, lepaskan lah dia dari hidup crispy. crispy xsanggup bersama dengan orang yang xboleh nk bertolak ansur, xboleh nak terima apa yang crispy xsuka. sedangkan apa yang crispy larang tu bukannya nak mengongkong dia, tapi nak elakkan daripada terus bergaduh atas sebab dan alasan yang sama.

Tuhan... tunjukkan aq jalan... jalan yang menjamin masa depan ku.. kemana harus ku melangkah? Kau berilah petunjuk...




Friday, May 1, 2015

kejadian semalam

semalam 30 April 2015 bermula kisah pada pukul 6.15pm.

Adni, datang ke rumah dengan tujuan nk berbaek dengan crispy. dah 3 hari crispy tak jumpa dia, menyangka dia akan merindui crispy dan berubah tak seperti dulu
crispy mandi dan turun ke bawah, benda pertama yang crispy rampas adalah telefon dia.. bertanyakan janda dia yang mengganggu hubungan kami selama 3 tahun berturut-turut, dia sejujur nya menunjukkan SMS yang perbualan mereka. crispy teliti 1 per 1, terkejut bila tengok perkataan Ayg yang dia gelarkan janda tu menyebab kan haty crispy makin membara. menyangka dah berubah, tapi... masih sama.

2 jam lebih bertekak depan rumah. crispy tahu, kawan-kawan serumah xsenang dengan pergaduhan tu. sebab bising, jiran2 pulak semua mulut cabul dan kepoh. tapi bila tindakan dia xbenarkan crispy masuk ke dalam, menyebabkan kami bertekak sampai 1 tahap...

dia kata, dia hanya akan pergi kalau crispy ludah ke muka dia. crispy xsanggup untuk meludah ke muka orang yang crispy cinta. 3 tahun, pelbagai benda yang crispy dah alami dengan dia. crispy kenal luar dan dalam perangai dia, crispy xsanggup dan xmungkin boleh berbuat begitu.

tapi bila keadaan makin genting, crispy xmampu nak tahan perasaan. bergaduh dengan dia pun dah cukup untuk crispy mengalir air mata. crispy bagi peluang mengharap kn dia akan berubah, tapi pada dia, berubah tu bermakna dia dah rajin bekerja, ada duit dah ada motor sendiri. dia xpernah faham apa maksud berubah.. bila kau xpernah faham dan xpernah nak ubah perangai melayan perempuan, sampai bila2 pun kau xkan bahagia.

keadaan makin genting bila dia seolah-olah mencabar crispy untuk meludah ke muka dia. crispy xtahan lagi dengan perangai dia dan nk dia cepat2 pergi dari rumah crispy, UNTUK KALI PERTAMA DAN TERAKHIR, crispy meludah ke muka orang. taubat lepas ni crispy xbuat lagi. bila buat gitu, terasa diri ni angkuh dan takbur sangat. dan crispy pun xsangka, apa yang menguatkan crispy untuk melakukan sedemikian

sekarang, crispy akui, crispy rindukan dia. crispy tau crispy sayang kan dia, tapi crispy kena kuat, crispy kena faham, ini mungkin yang terbaek untuk crispy memandangkan dia xnak berubah untuk hubungan kami.
lagi sekali crispy gagal dalam hubungan

remark : setiap kali crispy lepaskan lelaki, pastinya, lepas tu lelaki tu akan jumpa perempuan yang boleh bahagiakan dia. keadaan yang sama berlaku pada hafiz, saiful, iskandar dan sekarang awak adni.

crispy sedar, xde orang boleh tandingi hafiz, dia seorang lelaki yang CUKUP setia. mungkin lepas ni crispy berserah je



saya dengan rela hati lepas kan awak

Saturday, April 11, 2015

andartu dah ker?

bila tengok tajuk tu, mesty semua ingat crispy dah masuk 30 an kn? hahahhaha anda salah. sekarang dah masuk 25 tahun. dan masa2 seperti ini lah yang selalu menyebab kan crispy xmenjawab panggilan dari mama
maaf mak, bukan tidak mahu menyambut panggilan mama, tapi cuma mahu mengelak soalan2 cepu emas dari mama.

minggu lepas, mak ada telefon, guna no tefon adik, (mak dah pandai, dia tahu kalau guna no fon dia, crispy xjawab, jadi dia guna no fon adik)
dia mengatakan ada peluang kerja dia Kelantan, dia minta crispy call untuk tanya, kalau berminta baru lah setting untuk interview, kalau xnak, xper.  (ni pun sampai sekarang xcall lagi)
okey la, perkara tu crispy sambut baik sebab niat dia nak membantu. walau macam mana pun, sebelom perbualan dia akhiri, sempat dia selit kan, "ayah dah tanya, bila ko nak kawen? adik ko dah ada calon tuh! umur 25 dah klu xkawen sekarang, nanty susah nak dapat jodoh"

rasa nk menangis bila nak menjawab soalan cepu emas ni. mak, bukan kak xmahu kawen, tapi xsampai lagi jodoh yang sesuai, terus dia potong, "habis lelaki yang hantar balik hari tu? yang tu mak xnak lah, orang nya mak nampak macam panas baran, kang dah kawen, entah apa yang dia buat kat ko"
crispy cuma mampu diamkan diri. bukan nak memilih, tapi sangkaan mak memang tepat. panas baran orangnya.

selepas mampu memberi alasan nak mandi sebab baru lepas kena ujan, takut demam, baru mak letak panggilan tefon.

sejenak terfikir, andainya dulu, aq lepas Ujian Cinta yang Di Uji oleh Maha Pencipta, pasti aq dah bersama Hafiz. hafiz adalah satu-satunya lelaki yang memahami aq dari A-Z
kali terakhir crispy jumpa Hafiz, masa dia datang ke rumah crispy sebelum crispy tamat praktikal.
hati crispy kuat mengatakan dia masih menyayangi dan mencintai crispy, dengan sokongan kata-kata mama.

hafiz, lelaki yang crispy kenal dengan hanya memiliki motor yamaha RXZ dan cuma kerja di kilang Minyak di pelabuhan Klang. dalam perjanjian untuk mendirikan rumah tangga, Hafiz berusaha selangkah demi selangkah untuk maju dan mampu miliki apa yg diidamkan, kerana pada dia, crispy seorang yang berpendidikan tinggi. Crispy kagum dengan dia, dari hanya memiliki RXZ, dia berusaha memiliki proton Wira. yang paling best, dia beli Wira, tanpa bagitau sepatah pun pada crispy. selepas beli Wira tu, baru dia tanya, kalau apa kereta idaman crispy? dan crispy menjawab Vios, sbb cantik.

bila dah jumpa dia (kami jarang jumpa sbab dia di port klang,crispy di Melaka) baru crispy tahu, dia dah beli proton wira, dan berkata, abg cuma mampu miliki wira second hand je. setahun berlalu, crispy melanjutkan pelajaran ke Kedah, selama bersama, dia selalu kata xde duit. crispy pun xfaham kenapa, sampai 1 hari Ujian yang Tuhan berikan pada hubungan kami, xdapat kami tempuhi, masa tu, dia betul2 mahu putuskan hubungan. 3tahun bersama mengenali hati budi masing2, tapi hubungan berakhir cuma dengan 1 tuduhan

selama semester terakhir, crispy dekat kan diri dengan outdoor, xfikir kan apa-apa, sampai lah ke semester untuk praktikal selama 3 bulan. dalam masa praktikal, dapat SMS dari Hafiz, memang sengaja xmenukar no tefon, dengan harapan dia akan datang kepada crispy bila semua nya jelas. dia sms mahu berjumpa, xmenyangka, dia datang dgn toyota vios warna hitam memang pilihan hati crispy.

Ya Allah, kenapa hubungan ni diuji sebegini? dia datang ke tempat praktikal dan menghantar crispy pulang. dalam perjalanan, menyangka akan sembang lebih lama, tapi panggilan dari bonda dia menghalan kami meluang kan masa untuk bersembang. selepas menghantar crispy dia pulang.

masa tu hati crispy berbunga riang, adakah dia kembali kepada crispy?

macam mana pun, sebelom Raya Haji 2013, dia sempat datang bersama abg dan sepupunya ke rumah untuk bersembang, masa tu crispy tahu dia dah bertunang. crispy tahu melalui Facebook. hati memberi penuh harapan mengatakan dia masih menyayangi crispy, walau pun dia dah bertunang, dia sempat datang kerumah untuk berjumpa mama bersembang dan bergurau senda. tu lah hari last crispy jumpa dia. Hafiz jemput crispy ke majlis perkahwinan nya, tapi saya xsanggup tengok lelaki yang crispy cintai bersanding dengan orang laen.

selepas kepulangan nya lepas jumpa mama, crispy sempat ber SMS dengan nya. dengan berani crispy meluahkan perasaan, yang crispy masih menyimpan perasaan cinta terhadapnya. itu last SMS yang crispy bg pada dia, dan dia tidak membalas apa2.

P/S : susah nya nak mencari pengganti awak....walau awk dah ada pengganti dan menunggu untuk kehadiran pihak ke3 dalam keluarga, tapi hati saya masih ada menyimpan perasaan terhadap awak. dan saya masih keseorangan. selama saya disini, awak xpernah say hye kat saya, sudah 2 tahun birthday saya pergi tanpa ucapan dari awak. hadiah yang paling bermakna pernah awak bagi pada saya sampai mengalir air mata kesyukuran adalah masa awak melamar saya untuk jadi Isteri awak, di tahun pertama perkenalan kita

abang, kasih sayang saya pada abg xpernah pudar, dan xpernah ada lelaki mampu ganti tempat abg.. abg seorang yang mampu memahami saya seadanya saya, bila abg marah, abg diam, xnak bercakap dengan saya, selalu suap saya makan, selalu bantu saya bila saya perlukan abg. abg xpernah kecewakan saya dan xpernah naik tangan pada saya. saya sangat bersyukur, andainya abg milik saya di masa depan






harap abg xlupakan Mamat, dia masih ada di Kampung, sy xbawa sebab xnak kotor kn dia yang putih tu



Saturday, November 8, 2014

mak oh mak

peritnya bila hidup berjauhan dengan mak ayah. memang la xboleh bebas kesana kesini, tapi bila mereka sakit, susah nak menjengoknya

hari ni balik dari kerja, dapat 1 sms dari adik, menyatakan mak berada di hospital, katanya, mak kena patuk dengan ular kapak
crispy tersentap sekejap. apa patut aku buat? kalau aku balik malam ni, xsempat nak kejar datang KL pulak untuk kerja esok nya.
crispy bertanya pulak pada seorang pensyarah masa crispy di UUM dulu. pernyataan nya menyatakan kalau lambat menerima rawatan boleh membawa kepada kematian, itu lagi meresah kan crispy

adik kata, mak sekarang di hospital untuk rawatan lanjut. apa akan jadi ni? kalau masuk kerja esok pun mesti tak boleh nak fokus.

berat sungguh ujian untuk mak, dengan perangai nenek yang buta hati, sekarang ditimpa pulak macam ni.
baru semalam crispy dapat berita, nenek saman mak disebab kan nak kan balik tanah peninggalan arwah datok. crispy tak tau apa yang dah membutakan hati nenek tu, sehinggakan sanggup mengetepikan anak kandung, demi 2 orang anak angkat.

tanah atas nama mak long, nenek dah ambil untuk dibahagikan kepada 2 orang anak angkat nya, sekarang tanah atas nama mak pulak dia nak rebut. kalau ikut kan anak-anak angkat tu tak patut dapat apa-apa pun.. tak tau untung orang dah besarkan dia, sekarang harta orang pulak ko nak kebas..
Apa Jenis Manusia La macam ni

tadi ada dpt 1 link... berguna untuk tahu jenis-jenis ular yang berbisa

http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=18

boleh refer kat situ. bila dah baca kat situ, baru crispy tahu ada jugak jenis ular kapak bodoh


kepala berbentuk segi tiga, walaupun bodoh, ular ni berbisa tau.

Mak moga cepat sembuh

tq

Saturday, April 12, 2014

Untuk mu Hafiz

dah lama xupdate blog, sekarang hangat diperdengarkn lagu ni, dan lagu ni ada makna yang tersendiri

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

***dirimu sentiasa dalam ingatan, sering mendoakan kebahagiaan mu bersama istri
***mungkin dah bukan jodoh kita, bercinta selama 4 tahun, kau beli jenis kereta idaman ku
***kau kawen warna pelamin kesukaanku
***kalaulah......

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

*** mengapa susah untuk beriku peluang kedua
***kenapa cinta kita xde peluang untuk diteguhkan lg
***aq mengaku kesalahanku, dan mengharapkan peluang kedua untuk terus bersama dirimu
***tapi begitu senang dirimu mencari penggantiku

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

*** kau sudah menjadi miliknya, kau sudah lafazkan akad nikah ke atasnya
***pelamin anganku musnah, kau cinta hatiku terpaksa aq lepaskan
***namun aq nak kau tau, segala angan2 kita seandainya masih bersama, masih lg segar diingatan
***andai aq mampu putarkan waktu, aq pasti xkan mensia2kan peluang itu, kerana kau yang terbaek yang pernah hadir dalam hidupku

Muhammad Hafiz.....

aq kena sembunyikan segala kekecewaan itu, kerana dia dah sah menjadi sebagai istrimu.. teruskan lah hidupmu sebagai suaminya. aq hanya masa lalu pada dirimu

aq xkan pernah melupakanmu, kerana kau cinta pertamaku

Thursday, January 30, 2014

kemalangan

hye, dah lama crispy x update blog. erm... nak cerita, baru2 ni, tak baru jugak la, dah 2 3 minggu dah. crispy kemalangan. crispy naik motor nak ke Gombak. masa tu baru lepas makan dengan Ikin. ada bagitahu Ikin, nak ke Gombak sebab nak cari barang rumah. Ikin dah tegur dah, kenapa nak ke Gombak sebab rumah dah dekat dengan Jaya Jusco, macam la kat Jusco tu xde market.

tapi nak dijadikan cerita, crispy degil. crispy pergi jugak jalan Gombak. Yang Crispy ingat, Crispy lalu bawah lorong dari Genting Klang nak ke Jalan Gombak tu, ada sebuah Kereta Hitam nk himpit Crispy, crispy pandang dia crispy jeling kn pandangan dan teruskan perjalanan,, lepas tu.. crispy sedar2 je mata dah berpinar dan dekat sebelah ada seorang Indian lelaki yang agak berumur duk panggil doctor2.. rimas betul dengan lelaki tu. crispy sedar sebab Adni kejut kan. hospital call Adni dan bagitahu dia yang crispy kemalangan.

sepanjang kat Hospital Kuala Lumpur tu, yang Crispy ingat, crispy nak gi tandas, doctor suruh crispy pergi tanpa kerusi roda, tapi selepas bangun dari mangkuk tandas tu, terus pitam lagi sekali, huhuhuuhu apa lagi? berkejaran la Adni amik kerusi roda. Lepas tu, doctor masukkan air pulak dalam badan, entah apa yang tak cukup pun xtau la. habis 3 botol air dimasukkan. botol ketiga, darah dah mula mengalir keluar, Nurse nak flush balik darah masuk dalam badan, Tuhan saja tau macam mana rasa sakit dan pedih dia, sampai kan crispy boleh bagitau Nurse, "Jangan sampai saya lempang awak" Nurse tu pulak yang takut, kesian dia cuma jalan kan tugas. lepas tu tak ingat pape dah.. last sekali kejadian yang ingat kat hospital tu, ada kawan Adni datang,terkejut bila Adni bagitau yang crispy masuk hospital,pas tu doc kata crispy boleh balik, tapi kalau ada rasa nak muntah, datang balik ke hospital sbb takut ada luka dalaman

dah balik ke rumah, hari ketiga kat rumah baru crispy betul2 sedar, masa tu baru lah mula jawab mesej kengkawan. update status kat Facebook

selepas kemalangan, 1 je perkara yang crispy xboleh nak terima, pandangan crispy xmacam dulu. pandangan tu x sharp. bila jumpa doctor pakar, dia boleh kata crispy rabun. tapi dah buat spek pun masih sama. cermin mata dengan power baru. crispy boleh tgk benda tu sharp sekejap je. 10 minit kemudian, pandangan tu sama balik. bila pergi appointment lagi sekali, crispy buat 3 medical check up untuk mata. 2 doctor bagitahu mata crispy xde masalah. tapi lagi 1 bagitahu crispy, saraf mata crispy gerak xsama, sebab tu pandangan crispy jadi mcm tu. dan xtau apa patut crispy buat. sebab appointment seterusnya adalah pada 23 julai 2014. lagi 6bulan;

performance kat tempat kerja sekarang pun dah teruk. jadi sekarang ni siap2 lah untuk cari kerja lain. sebab dah tau dah contract tu xkan disambung untuk jadi permanent.

sekarang ni crispy sedey sangat kerana pandangan mata yang baru. crispy baru kuarkan motor. baru guna 2 bulan, mata dah jadi macam ni.. crispy dah xleh bawa motor.

itu jer yang crispy sedey sangat!!!




Sunday, July 14, 2013

PatUt X BayAr PiNjAmAn PTpTn

ermm..salam sejahtera buat semua pembaca..huhu sebenarnya crispy nk tulis entry ni dah 2 3hari dah,tapi tak berkesempatan.sibuk sikit. tajuk PTPTN (perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional)???? apa kaitan dengan crispy? hehehe.. al kisah......

crispy belajar di utara dan mampu menghabiskan semua semester berkat jasa baik PTPTN la. kalau tidak,keluarga crispy xmampu nak taja crispy belajar.terpaksa ambik pinjaman. terima kasih jugak pada PTPTN. dua tiga hari ni, crispy selalu fikir berkenaan dengan bayar balik pinjaman. memang lah, crispy xgraduate lagi, tapi crispy dah habis belajar dan dah bekerja,walaupun hanya guna sijil SPM saja. tapi ok la,sebab crispy tinggal sorang,tanggungan setakat ni cuma sewa rumah,dan keperluan diri je.

Crispy xpernah lupa untuk bayar balik hutang PTPTN tu, cuma crispy dalam dilema lagi,bila nak start bayar, sebab crispy ingat nak ambik motor. kalau keluarkan motor secara hutang, lagi bertambah hutang crispy, kalau nak keluar cara cash, xcukup duit. adoiiiiiii..... tak tahu mana satu.

tapi kan, kenapa pihak PTPTN xcuba adakan satu department untuk recovery hutang PTPTN ek? kalau telekom,celcom digi, Moccis boleh bagi kes pada collection agency untuk kutip bil tertunggak, kenapa tidak PTPTN? kalau ada agent yang tiap-tiap bulan call penghutang dan push penghutang bayar hutang PTPTN, mesti ramai yang bayar dan habiskan hutang PTPTN dengan cepat.

dengan cara ni, boleh wujudkan lagi peluang pekerjaan lagi untuk collection agency.. nak pakai ramai orang sebab nescaya ramai yang amik loan PTPTN ni. crispy tak tau lah kalau PTPTN memang dah buat cara macam ni, tapi setakat ni crispy xde terima sebarang call lagi untuk buat byrn berkenaan dengan hutang PTPTN. kalau cuma mengharapkan kesedaran individu sendiri untuk bayar, ermmm... maklum saja lah, penghutang akan bagi seribu satu alasan untuk tidak membayar hutang.. itu lah pengalaman yang crispy dapat sepanjang crispy berada di unit kredit dan recovery ni... huhuhu

walau macam mana pun, untuk crispy, crispy akan cuba bayar, walaupun bukan secara consistent, tapi, akan cuba.crispy tahu tanggungjawab kita sebagai penghutang...hehehehe anda yang berhutang??? macam mana? sudah buat bayaran????????????

renung-renungkan... dan selamat beramal... hahahahhahaa



Saturday, June 29, 2013

BiLa KeLantAn MasUk PaDanG BoLa

salam semua... dah lama betul crispy x update blog ni... maklum lah.. dah xdok di hostel lagi dah.. dah xde wifi nak update selalu. berukbeng pun baru je beli,itu pun amik gyte yang sikit jer. takut xmampu nak bayar bulan, dah la dengan kos-kos kehidupan yang lain lagi.. gaji dah ciput, lagi nak hidup macam gaji besar kan.. memang tak la.. huhuhu

malam ni sebenarnya ada game, Kelantan Vs Johor.. tapi aq pelik betul, bila kelantan masuk padang je, macam-macam orang dok mengata, itu la ini la.. facebook crispy tu, bila malam ada game, dekat wall memang bersepah duk kutuk kelantan. kata menang xbermaruah la,main kasar la,bakar stadium la.. crispy akui,memang betul pernah ada sejarah kelantan buat hal, tapi nak kutuk pun tengok pada keadaan semasa la. kalau malam tu kelantan main dengan cara baek,peminat pun xde nak buat hal,apa hal la korang nak mengutuk orang, crispy rasa benda tu xbetul dan XPERLU pun korang nak pertikaikan..terima saja kekalahan dari pasukan yang korang sokong tu,pengadil dekat padang tu korang tengok xbuat kerja ke???

crispy orang kelantan, sebab tu bila ada isu-isu macam ni, crispy pelik, kenapa pertikaian tu sampai nak mengata, mengutuk kami warga kelantan..fanatik dan semangat orang kelantan memang tinggi, kalau kami warga kelantan ada buat salah,tegur dan bagi penyelesaian untuk xberlaku lagi, bukannya sekali buat salah, untuk game akan datang, korang nak kutuk kami lebih-lebih. yang xminat bola pun kena... bila tanya, "awak orang mana?" dan bila terpacul jawapan KELANTAN, terus nak pinggirkan kitorang.. apa ni???? matang la sikit... sebelum nak mengata tu,tengok dulu keadaan... jangan ikut sedap mulut je...






itu la pesan crispy... crispy bukan buat post ni sebab kelantan menang... tapi crispy sedih bila orang duk kutuk-kutuk negeri kelahiran crispy. macam crispy cakap tadi, tengok keadaan sebelum nak keluarkan penyata, kalau permainan tu adil dan bersih, terima la walau apa pun keputusannya, kalau game tu kotor, korang nak mengutuk pun korang punya pasal. kalau game dah ok,korang xpuas hati jugak, korang main sendiri, baru tau macam mana rasa susahnya nak menangkan sesuatu team tu, tapi kalau ko sendiri pun xpandai main bola,mulut je lancang, xpayah la... buang masa jer..

itu saja luahan hati crispy... korang nak terima, korang terima, kalau xpuas hati dengan apa crispy tulis, close kan tab blog crispy ni. kisah pulak aku,korang xpuas hati dengan kata-kata aku?????
buang yang keruh amik yang jernih, kalau orang cerdik pandai, pasti faham kata-kata aku,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...