Dah lama giler tak jumpa Zizan, tak semena2 zizan ada hubungi balik melalui whatsapp.
Dia mungkin dah lupa siapa crispy, sebab dari cara dia whatsapp tu, cuma berawak saya, dan masih cuba mencari siapa crispy.
Akhirnya, nk dijadikan cerita, temu janji di tetap kan. Crispy keluar dengan gaya yang agak simple. Bila bertemu, ada timbul rasa janggal. Lelaki yang dahulunya aku pernah mesra, lelaki yang dahulunya aku pernah bergelak ketawa, lelaki yang dahulunya banyak mengajar erti sabar dalam dunia pendakian, tetiba sahaja jumpa seolah2 baru kenal semalam.
Untuk mengimbau semula kenangan, kami menetapkan untuk keluar bercuti, lari dari kesibukan kota. Berbekal kan cuti tahunan yang masih bersisa, crispy setuju. Pada 10 february 2018, dia menjemput crispy dari rumah, dan terus memandu kereta ke Port Dickson.
Lebih kurang 2jam perjalanan, kami sampai ke destinasi yang dituju : Ostrich farm
Crispy ingat kan, cuma ada ostrich je kat sana, rupanya ada lagi binatang laen, seperti kucing, arnab, lembu, keldai, unta dan lain-lain. Memang best, tapi agak kecewa sebab crispy lepaskan peluang untuk tunggang ostrich (burung unta). Itu sebab zizan dah mula pengaruh crispy dengan andaian2 yang agak menakutkan.
Dah pusing 1 taman, hari pun panas, kami terus bergerak ke pantai. Cari port makan. Sebelom makan, sempat lagi ke pantai ushar mat mat pancing memancing ikan. Lama jugak kami lepak di pantai, sempat menunggu matahari terbenam. Selepas sesi bergambar, kami bergerak ke kenny rogers, dan bersedia untuk makan malam.
Selepas makan malam, kami bergerak balik ke kuala lumpur..
No comments:
Post a Comment