Saturday, March 5, 2011

KLK oh KLK

duh...penat giler aq ari ni.dr pagi kot pergi KLK sampai lah petang. td aq gerak kul 7.45 pg ke Pusat Kokurikulum sbb naik bus dekat sana. grup aq ni gabung dgn grup Busana Muslimah. huhuhuhuhu mula nya aq tgk diorg ni langsung x friendly ar.. pas tu tiba2 ketua aq ckp kenapa ramai sgt yg dtg awal..takut xcukup tempat duduk. aq dh bengang kn. dah la ptg kemarin tu meeting cancel xcakap sepatah haram..geram giler aq. tp kitorg pergi jugak. aq kongsi tempat duduk 3org. agak penat ar duk atas kusi berhimpit gitu, dr Sintok kedah ke Rumah anak2 yatim mak teh Perlis. pergh!!! dah tersengguk2 dalam bas, nak tidur takut jatuh lak. sbb duduk xselesa kn.hahaha

pas tu dah sampai sana, apa yg kami plan, xmenjadi plak.ketua kitorang xnk buat mcm tu kat peserta takut ada perasaan kecik hati. xpelah kami cancel kan saja.huhuhuhu. aq boleh nampak yg KLK semester ni agak kelam kabut skit. so, aq jd tukang tgk je lah kat sana pg tu. dalam kul 11 lebih baru la lg 1 bus dtg, yakni grup aq. ha masa tu baru betul, kitorang main. slot 1, ice breaking, kawan aq Ika yg kena handle. then LDK baru lah Busana Muslimah yg amik alih.. sampai tgh hari. lepas solat zohor sambung lg slot kedua, kawan aq gak yg handle, cuma aq tolong je mana yg patut.hehehehehe tp byk yg rilex dr wat keje...pas tu slot 3, Explorace. masa ni aq jd Fasi la..nak handle dak2 ni kat check point yg ke5.pergh!! budak2 tu sama hebat kot. sume dtg serentak kat check point aq. lepas hbs check point aq tu, aq terus solat asar, leh lak nk dijadikan cerita masa amik air sembahyang tu,masa nak basuh kaki dah, boleh plak air xde.adessssss geram giler aq. nasib baek ada air mineral yg x digunakan lg sebelah tempat air sembahyang tu..apa lg, aq belasah je. hahaahaha

lepas solat asar, aq terus ke dewan utk sesi penutup. kat sana, ucapan skit, pas tu pemberian hadiah, pas tu amik minum petang..sesia bergambar lak lepas tu. adesss kat situ yg lama skit.hahahaaha diorang tu amik kesempatan nk bergambar dgn Darren. dak2 ni pun suka tgk muka dia.hahaha
pas tu balik..dalam bas aq memang tidur ah..xsedar pape..sedar2 je dah sampai kat gate UUM. mmg penat giler kot.dah balik bilik solat sume, then post entry kat blog aq, dan aq rasa jap lg aq dah nak tidur..huhuhuhuhu
sgt memenatkan

aq rasa kat Perlis tu sangat la panas, kalau kat UUM ni, aq rasa nak habiskan sebotol mineral yg 500 ml pun susah, tp kat sana banyak kot aq minum air mineral. lepas minum, aq minum lg, pas tu minum lg. tersangat la panas..sampai2 sini je aq terus sakit kepala.adesssss perubahan cuaca yg melampau..wawawawawa


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...