Saturday, May 23, 2015

Hidup Terumbang - Ambing

kali ni crispy nk citer pasal hidup crispy sekarang ni...

kalau sebelum ni asyik mengelak dari panggilan seorang ibu yang selalu asyik dengan pujukan dan rayuan untuk crispy menikah, sekarang dah berapa lama ibu xmahu menelefon. mungkin sudah tahu, kalau mencuba telefon pun xboleh nak bercakap, sebab itu dia xde call sekarang ni

hidup sekarang makin resah, dengan keadaan kerja yang belum tentu permenant atau di terminate kan dari tempat kerja, dengan back up plan B nk cari kerja laen tak mendapat lagi menambah kan ketensionan crispy. tambah plak bila lelaki yang disayangi selalu buat onar dan tak mampu nk terima apa yang crispy tak suka, menyebab kan crispy lagi tambah tension. rambut pun dah banyak gugur kerana stress.

akibat bergaduh dengan lelaki yang disayangi tu, handphone note 2 crispy hancur dibaling ke dinding, itu lah antara perangai yang paling crispy xsuka tentang dia. memang betul dia kata nak ganti, tapi, crispy xsuka cara dia yang amik mudah nak rosak kan barang orang. nak tahu kenapa jadi begitu? sebab dia xpernah berusaha untuk dapatkan apa2 dengan titik peluh dia. apa yang dia nak ada jer yang sponsor. sebab tu dia xpernah kenal apa itu penghargaan. dia xtau nak menghargai usaha titik peluh orang kumpul duit beli handphone, dan senang2 dan dengan sesuka haty ko nk hancurkan barang hak crispy. ini bukan handphone pertama jadi macam ni, dah brapa banyak tefon rosak sebab dia. sepanjang hdup crispy, crispy sangat menjaga harta bende crispy, sebab semua nya dibeli dengan duit hasil keringat sendiri dan crispy sangat2 sangat susah nak tukar handphone baru walau pun handphone tu dah ketinggalan zaman, crispy boleh guna jugak, sebab itu crispy beli dengan hasil crispy sendiri. tapi dia??? dia xfaham...

sekali ni crispy dah niat... 1 je lagi barang crispy rosak sebab dia... tiada maaf bagi mu, dan memang xkan aku berpaling lagi untuk lelaki sepertimu. baran x bertempat, bertindak sesuka haty macam barang tu beli dgn daun jer. lepas ni.. rosak 1 barang je lagi... sorry... memang xde lagi peluang untuk kamu... walaupun kamu niat nak ganti.

ekoran dari handphone yang dah rosak ni, ini menguatkan lagi niat nak tinggalkan dia. crispy mencari kerja di tempat yang berjauhan dari dia. supaya crispy boleh hidup sendiri. supaya crispy xmengharapkan pertolongan dari dia. biarlah crispy tua xnikah pun xper, asalkan lelaki yang baran dan xboleh nk terima apa yang crispy xsuka ni TAK HIDUP bersama crispy. yelah, ko tak boleh terima apa yang aku xsuka? nk buat apa lg bersama? xkan aq nak tahan je perasaan nak marah aq pada kau, baek aq lepaskan kau.. betul x? dari pada menyakitkan ati jer.

crispy berharap sangat, Tuhan tunjukkan jalan  yang sepatutnya. kalau betul, dia cuma persinggahan, lepaskan lah dia dari hidup crispy. crispy xsanggup bersama dengan orang yang xboleh nk bertolak ansur, xboleh nak terima apa yang crispy xsuka. sedangkan apa yang crispy larang tu bukannya nak mengongkong dia, tapi nak elakkan daripada terus bergaduh atas sebab dan alasan yang sama.

Tuhan... tunjukkan aq jalan... jalan yang menjamin masa depan ku.. kemana harus ku melangkah? Kau berilah petunjuk...




Friday, May 1, 2015

kejadian semalam

semalam 30 April 2015 bermula kisah pada pukul 6.15pm.

Adni, datang ke rumah dengan tujuan nk berbaek dengan crispy. dah 3 hari crispy tak jumpa dia, menyangka dia akan merindui crispy dan berubah tak seperti dulu
crispy mandi dan turun ke bawah, benda pertama yang crispy rampas adalah telefon dia.. bertanyakan janda dia yang mengganggu hubungan kami selama 3 tahun berturut-turut, dia sejujur nya menunjukkan SMS yang perbualan mereka. crispy teliti 1 per 1, terkejut bila tengok perkataan Ayg yang dia gelarkan janda tu menyebab kan haty crispy makin membara. menyangka dah berubah, tapi... masih sama.

2 jam lebih bertekak depan rumah. crispy tahu, kawan-kawan serumah xsenang dengan pergaduhan tu. sebab bising, jiran2 pulak semua mulut cabul dan kepoh. tapi bila tindakan dia xbenarkan crispy masuk ke dalam, menyebabkan kami bertekak sampai 1 tahap...

dia kata, dia hanya akan pergi kalau crispy ludah ke muka dia. crispy xsanggup untuk meludah ke muka orang yang crispy cinta. 3 tahun, pelbagai benda yang crispy dah alami dengan dia. crispy kenal luar dan dalam perangai dia, crispy xsanggup dan xmungkin boleh berbuat begitu.

tapi bila keadaan makin genting, crispy xmampu nak tahan perasaan. bergaduh dengan dia pun dah cukup untuk crispy mengalir air mata. crispy bagi peluang mengharap kn dia akan berubah, tapi pada dia, berubah tu bermakna dia dah rajin bekerja, ada duit dah ada motor sendiri. dia xpernah faham apa maksud berubah.. bila kau xpernah faham dan xpernah nak ubah perangai melayan perempuan, sampai bila2 pun kau xkan bahagia.

keadaan makin genting bila dia seolah-olah mencabar crispy untuk meludah ke muka dia. crispy xtahan lagi dengan perangai dia dan nk dia cepat2 pergi dari rumah crispy, UNTUK KALI PERTAMA DAN TERAKHIR, crispy meludah ke muka orang. taubat lepas ni crispy xbuat lagi. bila buat gitu, terasa diri ni angkuh dan takbur sangat. dan crispy pun xsangka, apa yang menguatkan crispy untuk melakukan sedemikian

sekarang, crispy akui, crispy rindukan dia. crispy tau crispy sayang kan dia, tapi crispy kena kuat, crispy kena faham, ini mungkin yang terbaek untuk crispy memandangkan dia xnak berubah untuk hubungan kami.
lagi sekali crispy gagal dalam hubungan

remark : setiap kali crispy lepaskan lelaki, pastinya, lepas tu lelaki tu akan jumpa perempuan yang boleh bahagiakan dia. keadaan yang sama berlaku pada hafiz, saiful, iskandar dan sekarang awak adni.

crispy sedar, xde orang boleh tandingi hafiz, dia seorang lelaki yang CUKUP setia. mungkin lepas ni crispy berserah je



saya dengan rela hati lepas kan awak

Saturday, April 11, 2015

andartu dah ker?

bila tengok tajuk tu, mesty semua ingat crispy dah masuk 30 an kn? hahahhaha anda salah. sekarang dah masuk 25 tahun. dan masa2 seperti ini lah yang selalu menyebab kan crispy xmenjawab panggilan dari mama
maaf mak, bukan tidak mahu menyambut panggilan mama, tapi cuma mahu mengelak soalan2 cepu emas dari mama.

minggu lepas, mak ada telefon, guna no tefon adik, (mak dah pandai, dia tahu kalau guna no fon dia, crispy xjawab, jadi dia guna no fon adik)
dia mengatakan ada peluang kerja dia Kelantan, dia minta crispy call untuk tanya, kalau berminta baru lah setting untuk interview, kalau xnak, xper.  (ni pun sampai sekarang xcall lagi)
okey la, perkara tu crispy sambut baik sebab niat dia nak membantu. walau macam mana pun, sebelom perbualan dia akhiri, sempat dia selit kan, "ayah dah tanya, bila ko nak kawen? adik ko dah ada calon tuh! umur 25 dah klu xkawen sekarang, nanty susah nak dapat jodoh"

rasa nk menangis bila nak menjawab soalan cepu emas ni. mak, bukan kak xmahu kawen, tapi xsampai lagi jodoh yang sesuai, terus dia potong, "habis lelaki yang hantar balik hari tu? yang tu mak xnak lah, orang nya mak nampak macam panas baran, kang dah kawen, entah apa yang dia buat kat ko"
crispy cuma mampu diamkan diri. bukan nak memilih, tapi sangkaan mak memang tepat. panas baran orangnya.

selepas mampu memberi alasan nak mandi sebab baru lepas kena ujan, takut demam, baru mak letak panggilan tefon.

sejenak terfikir, andainya dulu, aq lepas Ujian Cinta yang Di Uji oleh Maha Pencipta, pasti aq dah bersama Hafiz. hafiz adalah satu-satunya lelaki yang memahami aq dari A-Z
kali terakhir crispy jumpa Hafiz, masa dia datang ke rumah crispy sebelum crispy tamat praktikal.
hati crispy kuat mengatakan dia masih menyayangi dan mencintai crispy, dengan sokongan kata-kata mama.

hafiz, lelaki yang crispy kenal dengan hanya memiliki motor yamaha RXZ dan cuma kerja di kilang Minyak di pelabuhan Klang. dalam perjanjian untuk mendirikan rumah tangga, Hafiz berusaha selangkah demi selangkah untuk maju dan mampu miliki apa yg diidamkan, kerana pada dia, crispy seorang yang berpendidikan tinggi. Crispy kagum dengan dia, dari hanya memiliki RXZ, dia berusaha memiliki proton Wira. yang paling best, dia beli Wira, tanpa bagitau sepatah pun pada crispy. selepas beli Wira tu, baru dia tanya, kalau apa kereta idaman crispy? dan crispy menjawab Vios, sbb cantik.

bila dah jumpa dia (kami jarang jumpa sbab dia di port klang,crispy di Melaka) baru crispy tahu, dia dah beli proton wira, dan berkata, abg cuma mampu miliki wira second hand je. setahun berlalu, crispy melanjutkan pelajaran ke Kedah, selama bersama, dia selalu kata xde duit. crispy pun xfaham kenapa, sampai 1 hari Ujian yang Tuhan berikan pada hubungan kami, xdapat kami tempuhi, masa tu, dia betul2 mahu putuskan hubungan. 3tahun bersama mengenali hati budi masing2, tapi hubungan berakhir cuma dengan 1 tuduhan

selama semester terakhir, crispy dekat kan diri dengan outdoor, xfikir kan apa-apa, sampai lah ke semester untuk praktikal selama 3 bulan. dalam masa praktikal, dapat SMS dari Hafiz, memang sengaja xmenukar no tefon, dengan harapan dia akan datang kepada crispy bila semua nya jelas. dia sms mahu berjumpa, xmenyangka, dia datang dgn toyota vios warna hitam memang pilihan hati crispy.

Ya Allah, kenapa hubungan ni diuji sebegini? dia datang ke tempat praktikal dan menghantar crispy pulang. dalam perjalanan, menyangka akan sembang lebih lama, tapi panggilan dari bonda dia menghalan kami meluang kan masa untuk bersembang. selepas menghantar crispy dia pulang.

masa tu hati crispy berbunga riang, adakah dia kembali kepada crispy?

macam mana pun, sebelom Raya Haji 2013, dia sempat datang bersama abg dan sepupunya ke rumah untuk bersembang, masa tu crispy tahu dia dah bertunang. crispy tahu melalui Facebook. hati memberi penuh harapan mengatakan dia masih menyayangi crispy, walau pun dia dah bertunang, dia sempat datang kerumah untuk berjumpa mama bersembang dan bergurau senda. tu lah hari last crispy jumpa dia. Hafiz jemput crispy ke majlis perkahwinan nya, tapi saya xsanggup tengok lelaki yang crispy cintai bersanding dengan orang laen.

selepas kepulangan nya lepas jumpa mama, crispy sempat ber SMS dengan nya. dengan berani crispy meluahkan perasaan, yang crispy masih menyimpan perasaan cinta terhadapnya. itu last SMS yang crispy bg pada dia, dan dia tidak membalas apa2.

P/S : susah nya nak mencari pengganti awak....walau awk dah ada pengganti dan menunggu untuk kehadiran pihak ke3 dalam keluarga, tapi hati saya masih ada menyimpan perasaan terhadap awak. dan saya masih keseorangan. selama saya disini, awak xpernah say hye kat saya, sudah 2 tahun birthday saya pergi tanpa ucapan dari awak. hadiah yang paling bermakna pernah awak bagi pada saya sampai mengalir air mata kesyukuran adalah masa awak melamar saya untuk jadi Isteri awak, di tahun pertama perkenalan kita

abang, kasih sayang saya pada abg xpernah pudar, dan xpernah ada lelaki mampu ganti tempat abg.. abg seorang yang mampu memahami saya seadanya saya, bila abg marah, abg diam, xnak bercakap dengan saya, selalu suap saya makan, selalu bantu saya bila saya perlukan abg. abg xpernah kecewakan saya dan xpernah naik tangan pada saya. saya sangat bersyukur, andainya abg milik saya di masa depan






harap abg xlupakan Mamat, dia masih ada di Kampung, sy xbawa sebab xnak kotor kn dia yang putih tu



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...