Saturday, April 11, 2015

andartu dah ker?

bila tengok tajuk tu, mesty semua ingat crispy dah masuk 30 an kn? hahahhaha anda salah. sekarang dah masuk 25 tahun. dan masa2 seperti ini lah yang selalu menyebab kan crispy xmenjawab panggilan dari mama
maaf mak, bukan tidak mahu menyambut panggilan mama, tapi cuma mahu mengelak soalan2 cepu emas dari mama.

minggu lepas, mak ada telefon, guna no tefon adik, (mak dah pandai, dia tahu kalau guna no fon dia, crispy xjawab, jadi dia guna no fon adik)
dia mengatakan ada peluang kerja dia Kelantan, dia minta crispy call untuk tanya, kalau berminta baru lah setting untuk interview, kalau xnak, xper.  (ni pun sampai sekarang xcall lagi)
okey la, perkara tu crispy sambut baik sebab niat dia nak membantu. walau macam mana pun, sebelom perbualan dia akhiri, sempat dia selit kan, "ayah dah tanya, bila ko nak kawen? adik ko dah ada calon tuh! umur 25 dah klu xkawen sekarang, nanty susah nak dapat jodoh"

rasa nk menangis bila nak menjawab soalan cepu emas ni. mak, bukan kak xmahu kawen, tapi xsampai lagi jodoh yang sesuai, terus dia potong, "habis lelaki yang hantar balik hari tu? yang tu mak xnak lah, orang nya mak nampak macam panas baran, kang dah kawen, entah apa yang dia buat kat ko"
crispy cuma mampu diamkan diri. bukan nak memilih, tapi sangkaan mak memang tepat. panas baran orangnya.

selepas mampu memberi alasan nak mandi sebab baru lepas kena ujan, takut demam, baru mak letak panggilan tefon.

sejenak terfikir, andainya dulu, aq lepas Ujian Cinta yang Di Uji oleh Maha Pencipta, pasti aq dah bersama Hafiz. hafiz adalah satu-satunya lelaki yang memahami aq dari A-Z
kali terakhir crispy jumpa Hafiz, masa dia datang ke rumah crispy sebelum crispy tamat praktikal.
hati crispy kuat mengatakan dia masih menyayangi dan mencintai crispy, dengan sokongan kata-kata mama.

hafiz, lelaki yang crispy kenal dengan hanya memiliki motor yamaha RXZ dan cuma kerja di kilang Minyak di pelabuhan Klang. dalam perjanjian untuk mendirikan rumah tangga, Hafiz berusaha selangkah demi selangkah untuk maju dan mampu miliki apa yg diidamkan, kerana pada dia, crispy seorang yang berpendidikan tinggi. Crispy kagum dengan dia, dari hanya memiliki RXZ, dia berusaha memiliki proton Wira. yang paling best, dia beli Wira, tanpa bagitau sepatah pun pada crispy. selepas beli Wira tu, baru dia tanya, kalau apa kereta idaman crispy? dan crispy menjawab Vios, sbb cantik.

bila dah jumpa dia (kami jarang jumpa sbab dia di port klang,crispy di Melaka) baru crispy tahu, dia dah beli proton wira, dan berkata, abg cuma mampu miliki wira second hand je. setahun berlalu, crispy melanjutkan pelajaran ke Kedah, selama bersama, dia selalu kata xde duit. crispy pun xfaham kenapa, sampai 1 hari Ujian yang Tuhan berikan pada hubungan kami, xdapat kami tempuhi, masa tu, dia betul2 mahu putuskan hubungan. 3tahun bersama mengenali hati budi masing2, tapi hubungan berakhir cuma dengan 1 tuduhan

selama semester terakhir, crispy dekat kan diri dengan outdoor, xfikir kan apa-apa, sampai lah ke semester untuk praktikal selama 3 bulan. dalam masa praktikal, dapat SMS dari Hafiz, memang sengaja xmenukar no tefon, dengan harapan dia akan datang kepada crispy bila semua nya jelas. dia sms mahu berjumpa, xmenyangka, dia datang dgn toyota vios warna hitam memang pilihan hati crispy.

Ya Allah, kenapa hubungan ni diuji sebegini? dia datang ke tempat praktikal dan menghantar crispy pulang. dalam perjalanan, menyangka akan sembang lebih lama, tapi panggilan dari bonda dia menghalan kami meluang kan masa untuk bersembang. selepas menghantar crispy dia pulang.

masa tu hati crispy berbunga riang, adakah dia kembali kepada crispy?

macam mana pun, sebelom Raya Haji 2013, dia sempat datang bersama abg dan sepupunya ke rumah untuk bersembang, masa tu crispy tahu dia dah bertunang. crispy tahu melalui Facebook. hati memberi penuh harapan mengatakan dia masih menyayangi crispy, walau pun dia dah bertunang, dia sempat datang kerumah untuk berjumpa mama bersembang dan bergurau senda. tu lah hari last crispy jumpa dia. Hafiz jemput crispy ke majlis perkahwinan nya, tapi saya xsanggup tengok lelaki yang crispy cintai bersanding dengan orang laen.

selepas kepulangan nya lepas jumpa mama, crispy sempat ber SMS dengan nya. dengan berani crispy meluahkan perasaan, yang crispy masih menyimpan perasaan cinta terhadapnya. itu last SMS yang crispy bg pada dia, dan dia tidak membalas apa2.

P/S : susah nya nak mencari pengganti awak....walau awk dah ada pengganti dan menunggu untuk kehadiran pihak ke3 dalam keluarga, tapi hati saya masih ada menyimpan perasaan terhadap awak. dan saya masih keseorangan. selama saya disini, awak xpernah say hye kat saya, sudah 2 tahun birthday saya pergi tanpa ucapan dari awak. hadiah yang paling bermakna pernah awak bagi pada saya sampai mengalir air mata kesyukuran adalah masa awak melamar saya untuk jadi Isteri awak, di tahun pertama perkenalan kita

abang, kasih sayang saya pada abg xpernah pudar, dan xpernah ada lelaki mampu ganti tempat abg.. abg seorang yang mampu memahami saya seadanya saya, bila abg marah, abg diam, xnak bercakap dengan saya, selalu suap saya makan, selalu bantu saya bila saya perlukan abg. abg xpernah kecewakan saya dan xpernah naik tangan pada saya. saya sangat bersyukur, andainya abg milik saya di masa depan






harap abg xlupakan Mamat, dia masih ada di Kampung, sy xbawa sebab xnak kotor kn dia yang putih tu



Saturday, November 8, 2014

mak oh mak

peritnya bila hidup berjauhan dengan mak ayah. memang la xboleh bebas kesana kesini, tapi bila mereka sakit, susah nak menjengoknya

hari ni balik dari kerja, dapat 1 sms dari adik, menyatakan mak berada di hospital, katanya, mak kena patuk dengan ular kapak
crispy tersentap sekejap. apa patut aku buat? kalau aku balik malam ni, xsempat nak kejar datang KL pulak untuk kerja esok nya.
crispy bertanya pulak pada seorang pensyarah masa crispy di UUM dulu. pernyataan nya menyatakan kalau lambat menerima rawatan boleh membawa kepada kematian, itu lagi meresah kan crispy

adik kata, mak sekarang di hospital untuk rawatan lanjut. apa akan jadi ni? kalau masuk kerja esok pun mesti tak boleh nak fokus.

berat sungguh ujian untuk mak, dengan perangai nenek yang buta hati, sekarang ditimpa pulak macam ni.
baru semalam crispy dapat berita, nenek saman mak disebab kan nak kan balik tanah peninggalan arwah datok. crispy tak tau apa yang dah membutakan hati nenek tu, sehinggakan sanggup mengetepikan anak kandung, demi 2 orang anak angkat.

tanah atas nama mak long, nenek dah ambil untuk dibahagikan kepada 2 orang anak angkat nya, sekarang tanah atas nama mak pulak dia nak rebut. kalau ikut kan anak-anak angkat tu tak patut dapat apa-apa pun.. tak tau untung orang dah besarkan dia, sekarang harta orang pulak ko nak kebas..
Apa Jenis Manusia La macam ni

tadi ada dpt 1 link... berguna untuk tahu jenis-jenis ular yang berbisa

http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=18

boleh refer kat situ. bila dah baca kat situ, baru crispy tahu ada jugak jenis ular kapak bodoh


kepala berbentuk segi tiga, walaupun bodoh, ular ni berbisa tau.

Mak moga cepat sembuh

tq

Saturday, April 12, 2014

Untuk mu Hafiz

dah lama xupdate blog, sekarang hangat diperdengarkn lagu ni, dan lagu ni ada makna yang tersendiri

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

***dirimu sentiasa dalam ingatan, sering mendoakan kebahagiaan mu bersama istri
***mungkin dah bukan jodoh kita, bercinta selama 4 tahun, kau beli jenis kereta idaman ku
***kau kawen warna pelamin kesukaanku
***kalaulah......

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

*** mengapa susah untuk beriku peluang kedua
***kenapa cinta kita xde peluang untuk diteguhkan lg
***aq mengaku kesalahanku, dan mengharapkan peluang kedua untuk terus bersama dirimu
***tapi begitu senang dirimu mencari penggantiku

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

*** kau sudah menjadi miliknya, kau sudah lafazkan akad nikah ke atasnya
***pelamin anganku musnah, kau cinta hatiku terpaksa aq lepaskan
***namun aq nak kau tau, segala angan2 kita seandainya masih bersama, masih lg segar diingatan
***andai aq mampu putarkan waktu, aq pasti xkan mensia2kan peluang itu, kerana kau yang terbaek yang pernah hadir dalam hidupku

Muhammad Hafiz.....

aq kena sembunyikan segala kekecewaan itu, kerana dia dah sah menjadi sebagai istrimu.. teruskan lah hidupmu sebagai suaminya. aq hanya masa lalu pada dirimu

aq xkan pernah melupakanmu, kerana kau cinta pertamaku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...