Sunday, May 12, 2013

aq terkena lagi....

ermmm dah lama betul x log in blog... ingatkan blog aq dah kena block dah... huhuhuuhuhu sekarang ada cerita sedey nak sampaikan... ini kisah hidup sendiri ler...

mungkin dah badi aq gamaknya... bila bercinta, harta pastinya jadi taruhan. dulu, masa first time bercinta, suka sangat nak tiru orang, orang tukar handphone dengan pakwe, kita pun nak tukar jugak, last2 handphone aq yang kena jual, lelaki tu lesap macam tu jer.. handphone baru beli xsampai setahun dah kena jual..  syang nya handfon tu dah xkeluar lagi dah.

pas tu jumpa dengan cinta sejati... ermm MOHD HAFIZ.... pergh!!! memang menyesal giler putus dengan dia, dah xdapat dah... dia dah tunang..ermm kenapa lah aq buat hal masa bercinta dengan dia... aisey man....

percintaan ketiga, cinta main2 jugak... ermmm yang betul2 tangkap cintan cuma dengan hafiz tu jer.. 4thun kot dengan dia, yang ni baru setahun, ermmm, banyak pow duit, duit pinjam xbayar pun.. belum lagi kira yang belanja dia, yang support modal nak start keje dia... adoiiii... dekat 2k, duit ptptn habis macam tu jer..

sekarang ni... yang terrbaru... baru je kena... laptop aq!!! kena kebas macam tu jer.. aq pergi kerja, kau boleh kebas laptop aq bawa lari, pas tu handfon dia semua dah xaktif... memang dia nak sangat laptop tu.. jangan dia mandram gambar aq kat dalam tu sudah la...adoiiii susah betul...

sekarang aq dah susah nak percayakan sesapa lagi dah... harta selalu tergadai...tensen betul... ada ke orang yang xpayah bercinta... aq nak terus kawen jer... senang...huhuhuuh

nak dijadikan kisah, masa laptop tu hilang, berharap sangat dia pulangkan laptop tu, aq bernazar, andai kata dia TAK pulang kan laptop tu dalam masa seminggu, aq akan potong rambut... hari ni...terpaksa la... dah macam jantan... tapi hensem jugak aq ni... hahahahaha... mana2 tomboy yang nak try kapel dengan aq boley la... hehehehe try and error jer... ni aq dah nak chow, nak pergi beli wax... nak style kan rambut baru aq ni... hehehehe

bye....


Thursday, September 20, 2012

teman pengganti

ceh... tajuk post dah sama macam tajuk lagu Black feat Malique tu... hehehe..
yer, memang dah beberapa bulan crispy asyik bergerak solo, maklumlah xde teman di sisi. walau pun xde teman disisi, tapi crispy ok jer, bergerak solo, berkawan ramai - ramai. best ar. xde sapa nak kongkong. nak kawan ker, nak komen kat facebook ker, nk jumpa sesapa pun semua boleh. semua keputusan di dalam tangan sendiri. hehehe tapi walau bagaimana pun, setiap insan perlukan teman disisi.

slow - slow crispy cuba mencari teman yang sesuai untuk didampingi. hehehe rasa- rasa macam ada yang dah tersangkut. tak tau lah kalau setakat ni crispy sorang jer yang perasan. hehehe maklumlah, perempuan ni hati dia lembut, bila ada yang mengambil berat, pasti akan ada harapan yang tersembunyi. tapi walau bagaimanapun crispy tak nak declaire apa-apa lagi. kang kalau bende separuh jalan, takut malu sendiri pulak. hahahaha

satu benda yang crispy dapat dari si dia ni. 1 lagu, lepas dua tiga kali asyik dengar lagu tu dari dia, crispy pun mula google tajuk lagu tu, dan bila crispy dengar, yer. memang best. dan lagu tu macam ada maksud yang tersendiri. lagu tu sama macam tajuk post ni la. TEMAN PENGGANTI. dari Black ft Malique.

sekarang dah macam habit pulak, sebelum tidur, kena pastikan crispy dengar lagu tu. baru boleh lelap. tambah plak lagu tu mendayu-dayu je, membuai tido, mengulit lena. kadang - kadang kalau takleh lena pun, dengar je lah lagu tu sampai tertido. pukul 2 3 pagi pun layan jer lah....lagu tu dah jadi sebahagian dari rutin harian dah rasa.

lirik dia best.. cer korang baca betul - betul lirik dia... kalau leh nyanyi sama kang bagus...

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz26z9ZImrV

PEACE! hehehehe

Tuesday, August 14, 2012

Gunung Bunga Buah

hye hye hye... assalamualaikum kawan2.... ngeh ngeh ngeh... sejak2 dah ber praktikal ni, crispy dah jarang sangat on9... sorry ek? lagi pun kat rumah xde line broadband la... geram je rasa... sekarang ni, malam je terus masuk tido je la.. sebab xde apa yang nak dibuat di malam hari. hehehehe hari ni crispy nak cerita pasal Gunung Bunga Buah.

padahal cerita ni dah lama dah... bulan 6 lagi... tapi baru boleh nak update sebab risau ada orang marah. pada 27 jun ari tu, crispy gi naik gunung tu. yang pergi cuma 3orang je. crispy, ana dan sorang lagi, lelaki nama dia tarmizi.  tak ramai sangat pun, tapi ok la... ngam ngam ja. tak perlu ramai - ramai.  nanti ramai - ramai kang susah lak nak control. ini lah pengalaman crispy yang pertama tentang gunung.

mula - mula naik, pergh! hasrat hati memang nak sampai ke puncak jer... itu jer yang crispy pikir. padahal kawan - kawan dah pesan dah, jangan pikir pasal puncak, just enjoy the track. tapi crispy tak boleh. asyik pikir pasal puncak jer. bila dah sampai sana, pergh! rasa lega giler.... hahahha

yang paling hot nak marah, bila pengalaman pertama naik gunung ni, tapi crispy lupa nak bawa kamera. sakit aty giler.... so, crispy pinjam fon si tarmizi tu jer la... huhuhu
cian...

ni jer  yang ada














ermmmm.... gambar masa kat puncak xdan nak upload la... line tengah slow... huhuhuhu nanti crispy edit sambung letak gambar lagi yer... ngeh ngeh ngeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...