Thursday, September 20, 2012

teman pengganti

ceh... tajuk post dah sama macam tajuk lagu Black feat Malique tu... hehehe..
yer, memang dah beberapa bulan crispy asyik bergerak solo, maklumlah xde teman di sisi. walau pun xde teman disisi, tapi crispy ok jer, bergerak solo, berkawan ramai - ramai. best ar. xde sapa nak kongkong. nak kawan ker, nak komen kat facebook ker, nk jumpa sesapa pun semua boleh. semua keputusan di dalam tangan sendiri. hehehe tapi walau bagaimana pun, setiap insan perlukan teman disisi.

slow - slow crispy cuba mencari teman yang sesuai untuk didampingi. hehehe rasa- rasa macam ada yang dah tersangkut. tak tau lah kalau setakat ni crispy sorang jer yang perasan. hehehe maklumlah, perempuan ni hati dia lembut, bila ada yang mengambil berat, pasti akan ada harapan yang tersembunyi. tapi walau bagaimanapun crispy tak nak declaire apa-apa lagi. kang kalau bende separuh jalan, takut malu sendiri pulak. hahahaha

satu benda yang crispy dapat dari si dia ni. 1 lagu, lepas dua tiga kali asyik dengar lagu tu dari dia, crispy pun mula google tajuk lagu tu, dan bila crispy dengar, yer. memang best. dan lagu tu macam ada maksud yang tersendiri. lagu tu sama macam tajuk post ni la. TEMAN PENGGANTI. dari Black ft Malique.

sekarang dah macam habit pulak, sebelum tidur, kena pastikan crispy dengar lagu tu. baru boleh lelap. tambah plak lagu tu mendayu-dayu je, membuai tido, mengulit lena. kadang - kadang kalau takleh lena pun, dengar je lah lagu tu sampai tertido. pukul 2 3 pagi pun layan jer lah....lagu tu dah jadi sebahagian dari rutin harian dah rasa.

lirik dia best.. cer korang baca betul - betul lirik dia... kalau leh nyanyi sama kang bagus...

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz26z9ZImrV

PEACE! hehehehe

Tuesday, August 14, 2012

Gunung Bunga Buah

hye hye hye... assalamualaikum kawan2.... ngeh ngeh ngeh... sejak2 dah ber praktikal ni, crispy dah jarang sangat on9... sorry ek? lagi pun kat rumah xde line broadband la... geram je rasa... sekarang ni, malam je terus masuk tido je la.. sebab xde apa yang nak dibuat di malam hari. hehehehe hari ni crispy nak cerita pasal Gunung Bunga Buah.

padahal cerita ni dah lama dah... bulan 6 lagi... tapi baru boleh nak update sebab risau ada orang marah. pada 27 jun ari tu, crispy gi naik gunung tu. yang pergi cuma 3orang je. crispy, ana dan sorang lagi, lelaki nama dia tarmizi.  tak ramai sangat pun, tapi ok la... ngam ngam ja. tak perlu ramai - ramai.  nanti ramai - ramai kang susah lak nak control. ini lah pengalaman crispy yang pertama tentang gunung.

mula - mula naik, pergh! hasrat hati memang nak sampai ke puncak jer... itu jer yang crispy pikir. padahal kawan - kawan dah pesan dah, jangan pikir pasal puncak, just enjoy the track. tapi crispy tak boleh. asyik pikir pasal puncak jer. bila dah sampai sana, pergh! rasa lega giler.... hahahha

yang paling hot nak marah, bila pengalaman pertama naik gunung ni, tapi crispy lupa nak bawa kamera. sakit aty giler.... so, crispy pinjam fon si tarmizi tu jer la... huhuhu
cian...

ni jer  yang ada














ermmmm.... gambar masa kat puncak xdan nak upload la... line tengah slow... huhuhuhu nanti crispy edit sambung letak gambar lagi yer... ngeh ngeh ngeh

Sunday, July 22, 2012

pose pose pose!!!!!!!

hahahha salam semua. dah lama betul crispy xbuat entry. maklumlah skarang kat kampung. line broadband pun x elok, kejap ada kejap xde. hak hak hak sekali tengok bil xbayar dah.... huhuhu sekarang crispy wat praktikal dekat Amanah Ikhtiar Malaysia tapi bukan dekat ibu pejabat la. dekat cawangan Pasir Puteh. dekat dengan rumah jer.. senang. jimat duit sewa rumah.

ermm ari pertama puasa, crispy cuti. berpuasa kat rumah ni penat sikit. sebab terasa lama giler kat rumah. nak menunggu untuk berbuka tu ya Allah... xtahan wey! kebetulan pulak time tu lah keluar nak gi cari baju raya. ermmm orang baru nak puasa, crispy dah sibuk cari baju raya. entah cukup entah tidak puasa ni... hahaha

anyway... crispy ucapkan selamat berpuasa kepada semua.. sorry xde gambar... crispy on9 kat pejabat ja.. huhuhu korang semua puasa kasi penuh yer... challenge cek! dah 2thun puasa penuh! hua hua hua hua...

Wednesday, June 13, 2012

andai aku dimadu

aduh...malam ni tetiba aq nak citer lagi satu kisah ku... erm... sabtu yg lepas, crispy amik keputusan nak bawa balik separuh dari barang2 dari hostel ke rumah. sebab xnak susah kan ayah untuk datang ke uum semata-mata untuk jemput balik, so crispy terus amik tiket malam 9hb ari tu. ermm dalam bus kena duduk sebelah lelaki sebab seat crispy dah kena bedal dengan budak2 mana entah... ermmm sabar je la.. di sebabkan sekarang ni crispy single, dan crispy xnak cari lelaki lagi, crispy betul2 wat hal sendiri, langsung xkisah dengan lelaki2 dikiri dan kanan crispy. yang sebelah kiri tu asyik perhatikan crispy, aduih.. xfaham betul. mungkin budak baru nak naik kot sbb tu excited giler bila ada gurl duduk sebelah. hahaha suka2 jer.

nak dijadikan cerita, turun dari bas, kawan yg nak datang amik tu datang lambat. sempat la bertegur sapa dengan sorang mamat ni. ~dia yang tegur aq dulu k!~  huhuhu... berkenalan siap bagi kad dia. aduih.. xtahan.. pada crispy mungkin dia tu keje best kot. orang yang kerja kuat mungkin. hmmm dah berkenalan tu, sampai kat umah, terdetik plak nak mesej dia, mesej jer la. hmm then dia reply. ingatkan sampai situ jer, rupanya berlarutan sampai ajak keluar. kebetulan crispy memang nak keluar, sebab kalut kemas barang petang tu, ada beberapa barang yang xsempat nak bawa balik. so, memang kena keluar la.. emmm.. dah jmpa dia, tetiba perkenalkan diri dengan tahap kejujuran yang tinggi, ~sebab dia cerita status dia jer~  huhuhu

ermmm apa yg crispy cakap dia jujur tu sbb dia bagitau crispy siap yang dia memang dah kahwen. aisey... ~aq ni asyik jadi yang kedua jer~  pas tu dia cakap nak buat crispy skandal. dan apa yang crispy nak buat, dia xhalang, janji kalau dengan lelaki jangan sampai melampaui batasan. ermmm memang first time crispy jumpa lelaki yang first time jmpa, terus cerita pasal kawen. aduih! dan dia tanya crispy sanggup ke x jadi bini no 2 dia.

dipendekkan cerita, esoknya malam, masing2 nak naik bas. memang crispy dah agak kami 1 bus, dan crispy rasa macam mungkin la, masa driver break tu, boley lepak sesama. ermmm crispy duduk sorang jer untuk 2 seat. dan dia dibelakang. ketika crispy pandang belakang, crispy nampak dia duduk dengan perempuan. crispy memang xkisah dia nak duduk dengan perempuan, tapi bila crispy mesej dia, dia langsung xbalas. agak kecewa. masa driver bus break, crispy turun ke tandas, then beli junk food sikit, naik semula ke bus, dia turun dengan gurl tu. sebab nak fikir baik, mungkin kebetulan dia turun then gurl tu pun nk turun jugak, sebab tu gurl tu di belakang. tapi bila tengok dia tolong pegangkan handbag perempuan tu dan jalan seiringan, crispy dah patah hati. terkilan. semua ada. xsangka boley menangis kejap.. (tp xde la sampai teresak2)

ermmm turun dari bas pun crispy xpandang belakang pun, crispy betul2 kecik ati. crispy xtau sapa gurl tu, apa kena mengena dia dengan gurl tu. tapi cukup la..nasib baek la xberapa nak mengharap lg. ermmm memang lelaki macam tu ker? pantang perempuan disebelah.. hmmm

dan andai laaa.... jodoh crispy, kalau bukan dengan dia sekalipun, kalau dengan laki orang.. crispy ada beberapa syarat untuk masa sekarang ni.....

             1 ) perkenalkan crispy dengan yang tua.
             2)  segala kos-kos, bil-bil, dan nafkah bulanan crispy nak tuntut. 
             3)  izinkan crispy kerja
             4) dalam seminggu, crispy cuma nak laki crispy balik umah crispy cuma untuk 1 malam untuk tengok keadaan crispy dengan anak2.. ~so anak2 xde la fikir bapak dia xbertanggungjawab kn~ 

hmmm itu la yang crispy fikir sekarang ni.. crispy xtau la kenapa.. even sebelom jmpa lelaki tu lagi crispy dah fikir pasal ni.. memandang kan lelaki banyak kawen time muda.. dan kebanyakan yang crispy jumpa semua dah kawen.. ermmmmm itula yang tercetus 4syarat tu... syarat-syarat tu, crispy buat sebab crispy nak jaga ati yang tua. cukup lah dah kawen dengan suaminya, crispy xnak yang tua merasa yang crispy terus rampas suami dia... hopefully, yang tua xkan marah crispy dan crispy pula akan cuba mengalah selagi mampu... hmmmm

xnak la bertikam lidah mcm ni...

Tuesday, June 5, 2012

kereta oh kereta

semenjak dua menjak ni, crispy banyak menghabiskan masa dengan kawan2.. terutama yang dekat hostel ni. maklumlah, dah berangan nak tinggalkan bumi sintok kan.. huhuhu. so sekarang ni banyak kali la ikut diorang kuar makan kat luar. hmmm kita ni yang xde lesen kereta jadi penumpang je la kan.

nak dijadikan cerita, semenjak tengok member2 drive sendiri, pas tu dengar plak cerita diorang drive jauh2 kan mula lah datang perasaan nak try semua tu. hmmmm keinginan nak balik dengan motor pun xdapat lagi. harap je xde motor. kalau dapat motor, memang balik dengan motor dah. serius... teringin nak balik dengan motor dari kedah kelantan. nak rasa kedinginan malam yang orang selalu rasa masa balik dengan motor. pas tu malam tadi dengan pulak fatin cerita dia balik dengan kereta je balik KL, ermmm memang membuak2 la keinginan crispy tu.. tapi apakan daya.. crispy ni bukan anak berada nak ada kereta. tambah plak crispy anak sulung, memang kena cari sumber sendiri la jawabnya. buat sementara waktu, crispy xharapkan dapat kereta idaman lagi. tapi crispy harap dapat bawa ulang alik pun dah cukup dah. macam kereta yang fatin bawa tu kereta






kaler putih.. crispy memang minat dengan kereta kaler putih.. dia nampak smart. tapi memang kena pandai jaga ar.. huhuhu

masa tengok diorang drive tu, dengan cara diorang kepak stereng tu, adessss....membuak2 la... tapi crispy bukan jenis yang main bedal jer.. crispy xde lesen lagi. so crispy xberani nak bawa kereta. memang xberani. kalau motor crispy boleh la pelan2.. huhuhu sekarang dah ada lesen motor, ermmm cuma lesen kereta je problem.

ingat nak sambung lesen kereta time cuti sebelom gi praktikal, rupanya cuti tu cuma seminggu jer.. macam mana nak sambung direct. aduih.... pening gak ni... kang lama2 duit lesen tu habis wat belanja je kang. crispy malas la nak tunggu time kerja baru pikir lesen. kalau boleh habis belajar ni terus nak ada lesen. apa kan daya.. xleh sambung lagi.

~menunggu keinginan menjadi kepastian~

Sunday, June 3, 2012

pantai merdeka

pergh!!!! best giler bila aq dengar nak gi trip ke pantai merdeka.. hahahhaa dulu ingat lagu yang ada kumpulan nyanyi tu, cinta di pantai merdeka ke apa tah.. fuhhh minat gilerrr lagu tu, dan akhir nya crispy sampai jugak ke sana. hehehehe... ni trip kedua crispy untuk semester ni... ermmm bulan 5 kalau xsilap. yang ni special sikit...

ada grup dalam kelas rekreasi ni buat trip ni, diorang yang kena handle bende2 ni, dan diorang ada wat kelas perkongsian ilmu, kat situ crispy tertarik untuk pergi sebab utama time crispy teringin nak tambah info sebab ada gak kaitan dengan assigment pertama crispy, iaitu pasal jungle trekking.  so, alang2 nak pergi 1 slot, crispy pergi terus untuk keempat2 slot. slot tu ada citer pasal kayak, orientaring, abselling and flying fork, pas tu baru jungle trekking. hmm agak lama nak tunggu slot yang crispy nak tu, tapi xpe, memandang kan crispy kurang ilmu dalam bende2 ni semua, crispy pergi la kesemua slot. untuk slot ketiga, tetiba ketua tanya, kenapa crispy xnak ikut, crispy cakap lah yang crispy kekurangan duit. kalau ikut kan memang crispy nak pergi. huhuhuhu

hmmmm nak dijadikan cerita... malam tu crispy dapat tawaran untuk pergi ke trip tu dengan bayaran ditanggung sepenuh nya. hehehehe memang happy giler.. ye ar... dah minat kn? tetiba ada orang offer... terus crispy sambar peluang yang ada depan mata. heeheehe...

kat sana, crispy buat aktiviti night walk, orientaring, abselling, kayak, sebelom kayak, ada water confident...aduih... dalam banyak2 aktiviti, water confident crispy xleh buat. sebab crispy pernah lemas dulu, masa tu umur crispy dalam 12 tahun. lepas pada tu memang crispy xberani nak masuk air dalam2... serius kalau mandi pantai pun, crispy cuma pergi dekat2 jer. xde pun nak pergi jauh. sekali kat sini ada water confident palk.. ermmm memang angin tul... malu sey... sbb time ni cripsy terpaksa berpaut pada kawan2. kawan2 plak nak enjoy terapung dalam air, ~walaupun guna BA~ ermmmm kawan dok tolak sana tolak sini, ermmm sampai ke sir crispy. aduih... malu wey... dalam kelas beriya tunjuk minat, tetiba water confident xleh buat. aisey... xnk la detail sgt. sbb kat sana memang banyak sangat kenangan manis antara crispy dan kawan2 yang lain. hehehe kat sana jugak la mula kenal dengan seseorang.. hehehe tapi apakan daya, dia dah berpunya. hahhahaahaha

oh ya.. kat sana, crispy rapat dengan sorang kawan. ermmm nama dia Lim... memang terbaik ar dengan dia. dia lah perempuan chinese pertama yang aq jumpa, minat dengan bende2 ni. yang lain semua jenis jaga kulit, jaga kecantikan... hehehehe.. ermm best giler... ni dah dekat2 habis sem ni, crispy dah mula rasa sebak, sebab time ni lah baru nak rapat2. dulu2 xde nya nak rapat macam ni...huhuhu sedey...

kat bawah ni ada sedikit gambar2 yang boleh dikongsi bersama... hehehehe


 ni antara jenis2 tali yang nak digunakan untuk abselling

 ni cikgu yang mengajar kami macam mana nak ikat tali pada figure of 8
level 1 la katakan
heheehehehe
 dah nak turun dah
tp xmenjadi pun macam yang lompat2 tu... aduihhh
frust!!!!


 time ni nak tanggalkan harnest
ketat kot pakai
itu yang dapat pujian badan ramping mcm kerengga tu
hahahaha sbb ketat dah nampak bentuk dah...
grrrrr


 ni la kawan aq yang chinese tu...






 ni dah masuk sesi bergambar time nak balik tu ha
hehehehee


 cubaan melompat
hehehehehe




 nak mengorat....
xde gaya pun...
hahahahah


ni la ketua kat sana...
heheehe sempat bergambar


ni je la yang boleh upload kat sini... kalau banyak2 sangat gambar berat jadinya... susah nak upload...hehehehe
ini trip kedua crispy untuk semester ni... bakal menjelma untuk trip ke tiga, ehehehhehe di ulu legung
tapi malangnya, crispy xbawa camera time kayak, sebab takut basah... ye ar... dengan air masin tu... huhuhuu jam tangan murah crispy pun terpaksa dibuang gara2 terkena air masin. huhuhuhu
lain kali kena beli jam tangan mahal lak lah...huhuuhuhuu
ok sekian setakat ni... ngeeee  ^_^


Thursday, May 31, 2012

field trip ke eco kandu adventure

hehehe tetiba malam ni datang mood nak update blog yang dah berzaman x di update. maklumlah sibuk sikit. hehehe sem ni semester akhir crispy kat uum, ermmm tetiba je sekarang datang mood sedih. maklum lah nanti dah xjumpa dah. kawan2 pulak sem ni la baru nak rapat2 ketat2 dengan kita kan.. adoiyai. pas tu semester ni la mula nak mengumpul gambar. kalau sebelum ni gambar apa pun buat xtau je semua. huhuhu dah tersasar jauh dari tajuk. maklum lah dah membebel2 ni... grrrr

ni time field trip assigment rekreasi. sebenarnya crispy memang minat dengan bende2 ni semua, tapi bila keadaan sekeliling xmembenarkan crispy untuk aktif, so terpaksa la stop sekejap.ngeh ngeh ngeh. sekarang ni nasib baik paper elektif crispy ambik paper rekreasi, xsangka plak boleh teruskan minat ni semua. huhuhu first trip untuk sem ni ke gua kandu...
ni time masuk gua... aktiviti caving.








 most of the pic masa dlm gua la.. 
sbb time ni bateri ada.. 
dah kuar2 gua je bateri kamera hbs.
dah tu ujan plak.. so aktiviti jungle trekking dgn water tubing xdan
nk amik gmbar..huhuhu
~takut camera basah~










 ni la antara orang yang bertanggungjawab sepanjang
kami disana...


hahahahhaa gambar xleh nak rotate sbb gmbr asal dia mcm ni... kikikikiki....
ermmm kat sini sebenarnya ada yang crispy xpuas hati, sebab apa yang kami bayar adalah untuk 4 aktiviti iaitu jungle trekking, mountain climbing, water tubing dan jugak caving... aktiviti caving, water tubing sempurna di lakukan... tapi untuk jungle trekking, crispy xpuas hati sbb cuma berjalan dalam ladang getah, crispy xnmpk pun hutannya mana. ermmm pas tu sepatut nya kena cross satu sungai, tapi sebab waktu tu hujan, arus dia kuat giler, air tu dah jadi mcm air teh dah... ermmm

pas tu time mountai climbing pun hari ujan.. aduhhh dia cakap trek tu licin, so risaukan keselamatan kami semua xjadi buat mountain climbing. kami dah demand nak minta ganti dengan flying fork, tapi jawapan dia, HARGA LAIN ok... grrr memang nak marah, last2 tau diorang ganti dengan apa? diorang ganti dengan water crossing jer... adesss memang la ada la jugak cabaran sebab arus tu laju kan... ada orang ilang kasut dan xlupa jugak orang yang terlepas cermin mata dia. ermmm tapi aq rasa mcm xberbaloi la, sbb mountain climbing jauh lagi best daripada water crossing.... aduhaiiii bengang giler aq....

xpelah... bende dah lepas... ermmm next two trip... crispy update later...ngeh ngeh ngeh...

choww....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...