Wednesday, September 30, 2015

~ AkHirNya BeRakHiR SudAh~

hye hye hye... hari ni adalah hari kedua... hari kedua untuk crispy hidup sebagai single. selepas 3 tahun bersama, akhirnya, ini kisah pengakhiran cinta yang crispy semai.

3 tahun mungkin pada orang laen, atau kamu sendiri merasakan ia nya waktu yang singkat. Tapi pada crispy, 3 tahun merupakan masa yang paling lama crispy mampu bertahan dengan seseorang bergelar kekasih. Untuk orang yang paling mendalam cintanya adalah terhadap Hafiz, untuk dia, crispy memang bermati - matian cuba bertahan. Bila Gaduh, minta PUTUS. dan bila seseorang mula rindu, jadi dia atau crispy sendiri akan mesej (zaman dulu xde wasap lg) dulu. minta maaf dan mengatakan tak mampu untuk hdup sendiri tanpa diri dia. Dan untuk dia yang sesama memang menyayangi, pun akan turut memafkan dan kami akan bersama semula.

crispy akui, kami selalu bertikam lidah dan kerap bergaduh. dan pergaduhan tu takkan bertahan lama. selalunya paling lama pun mungkin dalam seminggu. selepas seminggu kami akan baek balik. sampai lah 1 masa, kami bertingkah dan crispy betul - betul merasakan untuk tidak ada peluang yang kami akan berbaek semula. setiap malam crispy menangis teringatkan dia, SMS call semua dia xjawab. Crispy rasa betul - betul hilang tempat bergantung. rasa hilang sebelah tangan. Crispy tunggu dan tunggu dan tunggu, selepas seminggu masih sama, masih xbaek, dan crispy tak lalu makan pun sebab teringat kan Hafiz... akhirnya.. crispy putus harapan bila dapat berita yang dia akan bertunang.  Sedih tak terkira... angan-angan retak seribu.

DULU : Crispy pernah cakap pada dia, Tak Akan Ada Orang boleh Gantikan tempat dia.
SEKARANG : betul !!!! crispy masih simpan sedikit perasaan sayang tu untuk dia

selepas 2 tahun pemergian Hafiz... crispy sudah pun berkenalan dan nekad untuk bersama dengan seorang lelaki bernama Adni... crispy lepaskan semua lelaki yang tak sehaluan, crispy pilih dia. MOHAMED ADNI BIN MOHAMED AMIR... terlalu kuat cabaran yang crispy terima dari lelaki bernama Mohamed Adni bin Mohamed Amir. Crispy xpernah menyangkakan yang crispy akan bertahan dengan dia. walau dah cuba lari dari dia berkali - kali, tapi crispy cukup lembut haty untuk terima dia semula.

pada crispy, sekali menyayangi dan nekad untuk bersama, crispy akan cuba sebaik mungkin untuk menerima dan apa yang tak kena crispy akan cuba untuk bentuk supaya beralih ke landasan yang betul. selama 3 tahun sedikit demi sedikit dia berubah, dengan bantuan tambahan, Alhamdulillah, dia jadi lelaki yang lebih baek dari 3tahun lepas yang crispy kenal...

Alhamdulillah, crispy boleh terima dan salah silap sikit - sikit crispy masih boleh memaafkan. yelah, kekadang crispy pun ada buat salah. apa yang crispy geram dan nak marah... baru - baru ni crispy perasan, dia sangat mudah buat salah dan sangat mudah untuk minta maaf. crispy keliru, adakah sebab crispy terlalu mudah untuk memaafkan dan menyebab kan dia senang untuk meminta maaf dan mengulang silap yang sama?

lagi pun crispy nampak... percintaan ni cuma hanya banyak merancang, tapi kami xkuat dari segi kewangan. crispy xmemilih untuk dapatkan seorang lelaki. tak pernah berangan pun untuk dapat lelaki kaya ke apa, tapi crispy suka kalau lelaki tu boleh fikir dan cuba untuk memperkukuhkan kedudukan dari segi kewangan walau pun xbanyak.

crispy cuba bagi situasi pada dia supaya dia faham... tapi entah bagaimana, dalam contoh yang crispy bagi pada dia... dia masih xmemahami dan mengulangi silap yang sama... crispy dah xboleh sabar dan mintak untuk menamatkan perhubungan ni... crispy SANGKA... dia akan menolak dan cuba untuk berubah... tapi crispy silap.. dia boleh kata baek! dia akn ikut kemahuan crispy dan jangan cari dia lagi...

terlajak perahu boleh diundur... tapi terlajak kata... (bagi orang yang x memahami mcm ni) dah xleh nak buat apa dah. crispy dalam tempoh berkabung... xtau sampai bila hidup crispy mcm ni.. hubungan xpernah kekal lama. paling lama 3 tahun. Lepas ni dugaan apalagi bakal crispy tempuh???!!!





Sampai sini dulu... tunggu apa lah azab atau ujian yg bakal mendatang ni

Wednesday, September 2, 2015

RinDu BelOm BeRakHir

Semalam... 1/9/2015... crispy dah letak notis dekat Kak Haidah. kak haidah mintak crispy fikir dulu.. tapi xpelah, crispy terpaksa letak. crispy dah malu dengan junior - junior, crispy adalah agent pertama yang dipanjang kan tempoh contract sampai tahun ke 3. Lagi pun tempat tu dah tak stabil, tahun depan dah mula offer utk VSS.

tak per tinggalkan yang tu.

Hari ni bergaduh dengan Adni Amir. apa tak nya, crispy penat - penat balik keje berkejar beli nasi untuk dia, dah hantar kat rumah dia, dia boleh plak keluar dengan member dia. crispy tak tau lah dia pergi jumpa dengan betina mana, indon jalang mana yang dia pergi layan. crispy dah tawar hati, dah takde perasaan lagi dah dengan lelaki gila ni.

Crispy, bila dah part-part macam ni, mula lah crispy teringat kan hafiz. crispy tau crispy takkan jumpa lelaki sebaik dan sebagus dia. pas tu buka-buka facebook, ada plak orang share lagu OST Cinta Paling Agung. bila dah layan lagu tu, tang chorus tu, crispy boleh nangis.

Semenjak awal lagi 
Bila ku mengenalimu 
Dunia ini serasa 
Cuma dalam genggamanku 

Ramai yang datang menduga 
Namun tak sama denganmu 
Aku percayalah
Biar pun remuk di hati 
Akan aku rawat sendiri 
Kerana kau aku rela 
www.nurfuzie.com
Mengapa aku yang tidak setia 
Mengapa akukah yang berdosa 
Mengapa aku mudah terlupa 
Janji-janji kita kali pertama 

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu 
Itulah kesilapanku 
Belum terlewat lagi 
Itu kata darimu mudah 
Memang begitu indah 

Mengapa aku yang tidak setia 
Mengapa akukah yang berdosa 
Mengapa aku mudah terlupa 
Janji-janji kita kali pertama 

Musuh tak kenal 
Jangan diikut tinggalkan dia
 Mengapa aku masih kau goda
 Masih kau goda 
nurfuzie
Mengapa aku yang tidak setia 
Mengapa akukah yang berdosa 
Mengapa aku mudah terlupa
 Janji-janji kita kali pertama 
 
tak tau setiap kali dia ulang ayat ni, crispy teringat Hafiz. terutama bila Adni buat crispy macam ni, lagi lah crispy akan fikir, kenapa dulu crispy tak setia? kenapa dulu crispy buat salah dan berdosa dengan hafiz sebab dah khianati dia, mengapa crispy lupa janji-janji dan ikrar cinta yang crispy pernah lafazkan pada Hafiz?
Yer!!! Tuhan mempunyai perancangan lagi bagus untuk crispy. tapi menemukan crispy dengan Adni, Crispy tak rasa ini adalah perancangan yang bagus. Badan tidak seliat mana untuk tahan segala kemarahan dan penangan yang mendatang. Crispy dah betul-betul tawar hati, dan kalau boleh Crispy nak bersama lelaki seperti Hafiz. Dia cukup sempurna. dan Crispy betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi dulu
tengah belek-belek godek-godek laptop, terjumpa sekeping miliknya
ni semua gambar lama, masa masih bahagia dengan Hafiz.  seyes!!!! crispy sangat rindukan dia sekarang. kalau lah boleh ku undur kembali masa2 dulu, crispy nak betul kan semula salah crispy pada dia. supaya hubungan tu tak berakhir.....
Saya Masih tinggal kan sedikit sayang dan rindu untuk abang...
Hari keempat kita tidak berhubung selepas pergaduhan besar tu, saya betul-betul sepi tanpa abg, 10hari tak menyentuh sebiji nasi pun, masih sy teringat sampai hari ni.

Kalau lah semua ni boleh di betulkan................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...