Thursday, January 30, 2014

kemalangan

hye, dah lama crispy x update blog. erm... nak cerita, baru2 ni, tak baru jugak la, dah 2 3 minggu dah. crispy kemalangan. crispy naik motor nak ke Gombak. masa tu baru lepas makan dengan Ikin. ada bagitahu Ikin, nak ke Gombak sebab nak cari barang rumah. Ikin dah tegur dah, kenapa nak ke Gombak sebab rumah dah dekat dengan Jaya Jusco, macam la kat Jusco tu xde market.

tapi nak dijadikan cerita, crispy degil. crispy pergi jugak jalan Gombak. Yang Crispy ingat, Crispy lalu bawah lorong dari Genting Klang nak ke Jalan Gombak tu, ada sebuah Kereta Hitam nk himpit Crispy, crispy pandang dia crispy jeling kn pandangan dan teruskan perjalanan,, lepas tu.. crispy sedar2 je mata dah berpinar dan dekat sebelah ada seorang Indian lelaki yang agak berumur duk panggil doctor2.. rimas betul dengan lelaki tu. crispy sedar sebab Adni kejut kan. hospital call Adni dan bagitahu dia yang crispy kemalangan.

sepanjang kat Hospital Kuala Lumpur tu, yang Crispy ingat, crispy nak gi tandas, doctor suruh crispy pergi tanpa kerusi roda, tapi selepas bangun dari mangkuk tandas tu, terus pitam lagi sekali, huhuhuuhu apa lagi? berkejaran la Adni amik kerusi roda. Lepas tu, doctor masukkan air pulak dalam badan, entah apa yang tak cukup pun xtau la. habis 3 botol air dimasukkan. botol ketiga, darah dah mula mengalir keluar, Nurse nak flush balik darah masuk dalam badan, Tuhan saja tau macam mana rasa sakit dan pedih dia, sampai kan crispy boleh bagitau Nurse, "Jangan sampai saya lempang awak" Nurse tu pulak yang takut, kesian dia cuma jalan kan tugas. lepas tu tak ingat pape dah.. last sekali kejadian yang ingat kat hospital tu, ada kawan Adni datang,terkejut bila Adni bagitau yang crispy masuk hospital,pas tu doc kata crispy boleh balik, tapi kalau ada rasa nak muntah, datang balik ke hospital sbb takut ada luka dalaman

dah balik ke rumah, hari ketiga kat rumah baru crispy betul2 sedar, masa tu baru lah mula jawab mesej kengkawan. update status kat Facebook

selepas kemalangan, 1 je perkara yang crispy xboleh nak terima, pandangan crispy xmacam dulu. pandangan tu x sharp. bila jumpa doctor pakar, dia boleh kata crispy rabun. tapi dah buat spek pun masih sama. cermin mata dengan power baru. crispy boleh tgk benda tu sharp sekejap je. 10 minit kemudian, pandangan tu sama balik. bila pergi appointment lagi sekali, crispy buat 3 medical check up untuk mata. 2 doctor bagitahu mata crispy xde masalah. tapi lagi 1 bagitahu crispy, saraf mata crispy gerak xsama, sebab tu pandangan crispy jadi mcm tu. dan xtau apa patut crispy buat. sebab appointment seterusnya adalah pada 23 julai 2014. lagi 6bulan;

performance kat tempat kerja sekarang pun dah teruk. jadi sekarang ni siap2 lah untuk cari kerja lain. sebab dah tau dah contract tu xkan disambung untuk jadi permanent.

sekarang ni crispy sedey sangat kerana pandangan mata yang baru. crispy baru kuarkan motor. baru guna 2 bulan, mata dah jadi macam ni.. crispy dah xleh bawa motor.

itu jer yang crispy sedey sangat!!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...