Sunday, July 14, 2013

PatUt X BayAr PiNjAmAn PTpTn

ermm..salam sejahtera buat semua pembaca..huhu sebenarnya crispy nk tulis entry ni dah 2 3hari dah,tapi tak berkesempatan.sibuk sikit. tajuk PTPTN (perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional)???? apa kaitan dengan crispy? hehehe.. al kisah......

crispy belajar di utara dan mampu menghabiskan semua semester berkat jasa baik PTPTN la. kalau tidak,keluarga crispy xmampu nak taja crispy belajar.terpaksa ambik pinjaman. terima kasih jugak pada PTPTN. dua tiga hari ni, crispy selalu fikir berkenaan dengan bayar balik pinjaman. memang lah, crispy xgraduate lagi, tapi crispy dah habis belajar dan dah bekerja,walaupun hanya guna sijil SPM saja. tapi ok la,sebab crispy tinggal sorang,tanggungan setakat ni cuma sewa rumah,dan keperluan diri je.

Crispy xpernah lupa untuk bayar balik hutang PTPTN tu, cuma crispy dalam dilema lagi,bila nak start bayar, sebab crispy ingat nak ambik motor. kalau keluarkan motor secara hutang, lagi bertambah hutang crispy, kalau nak keluar cara cash, xcukup duit. adoiiiiiii..... tak tahu mana satu.

tapi kan, kenapa pihak PTPTN xcuba adakan satu department untuk recovery hutang PTPTN ek? kalau telekom,celcom digi, Moccis boleh bagi kes pada collection agency untuk kutip bil tertunggak, kenapa tidak PTPTN? kalau ada agent yang tiap-tiap bulan call penghutang dan push penghutang bayar hutang PTPTN, mesti ramai yang bayar dan habiskan hutang PTPTN dengan cepat.

dengan cara ni, boleh wujudkan lagi peluang pekerjaan lagi untuk collection agency.. nak pakai ramai orang sebab nescaya ramai yang amik loan PTPTN ni. crispy tak tau lah kalau PTPTN memang dah buat cara macam ni, tapi setakat ni crispy xde terima sebarang call lagi untuk buat byrn berkenaan dengan hutang PTPTN. kalau cuma mengharapkan kesedaran individu sendiri untuk bayar, ermmm... maklum saja lah, penghutang akan bagi seribu satu alasan untuk tidak membayar hutang.. itu lah pengalaman yang crispy dapat sepanjang crispy berada di unit kredit dan recovery ni... huhuhu

walau macam mana pun, untuk crispy, crispy akan cuba bayar, walaupun bukan secara consistent, tapi, akan cuba.crispy tahu tanggungjawab kita sebagai penghutang...hehehehe anda yang berhutang??? macam mana? sudah buat bayaran????????????

renung-renungkan... dan selamat beramal... hahahahhahaa



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...